Tuesday, November 16, 2010

POLICE AND YOUR RIGHT (part 2)

4. POLICE ARREST YOU
   
    4.1 Ask: "Why am I under arrest?"
          An arrest is unlawful if you are not informed of the reason.
   
    4.2 Do not resist an arrest
          The Police have the right to use reasonable force to arrest you if you
          resist.
   
    4.3 Ask: "Which Police station are you taking me to?"
          The arresting Police Officer must immediately take you to the nearest
          Police station and no other place.
   
    4.4 What to do when arrested
          You have the right to telephone call to:-
          1. Your relative or friend; and
          2. A lawyer.
   
         You may also call a nearby Legal Aid Centre (LAC). Inform them:
         • you have been arrested;
         • the time, place and reason of the arrest;
         • the Police station you will be taken to.
   
   4.5 What happens after arrest
         You may be detained up to 24 hours:
         • at the Police station, or
         • in a lock-up to "assist" police investigation.

5. YOUR RIGHTS AFTER ARREST & DURING DETENTION
   
    5.1 Right to consult a lawyer
          Once you request for the presence of a lawyer, you have a right to
          consult the lawyer at the Police Station. The Police must accord you
          reasonable facilities and a reasonable time for you to meet and consult
          the lawyer. The Police may, however, deny you this right, if the delay
          in questioning you may cause the occurrence of another crime or cause
          danger to others.
   
    5.2 Clothing
          You are allowed to have one set of clothing with you in the lock-up.
   
    5.3 Personal belongings
          The Police must record and put all your personal belongings in safe
          custody. Your personal belongings must be returned to you upon your
           release.
    
    5.4 Welfare
          You are allowed to take a bath two times a day. If you are sick, you
          have the right to receive immediate medical attention. You are to be
          given proper and adequate food and water during detention.

    5.5 How long may the Police detain you
          The Police may only detain you up to 24 hours for investigation. The
          duty of the Police is to complete investigations within 24 hours and to
          release you as soon as possible. If the Police cannot complete
          investigations within 24 hours, the Police must bring you before a
          Magistrate for a remand order to extend your detention beyond
          24 hours (Remand Order).

6. REMAND ORDER BY MAGISTRATE AFTER 24 HOURS


    6.1 Who is a Magistrate
          A Magistrate is a judicial officer. He/She has the power to make a
          Remand Order to detain you for more than 24 hours.

    6.2 Purpose of a Remand Order
          It is to give more time to the Police to complete their investigations and
          decide whether there is evidence to charge you for an offence. The
          Police cannot ask for a Remand Order only for the purpose of taking a
          Statement from you.

JOM CEGAH DENGGI

bersempena dengan aidiladha yang bakal menjelma esok..disini saya ingin membuat pesanan sebelum anda semua meningalkan rumah..luangkanlah masa selama 10minit membersihkan rumah untuk mengelakkan pembiakan nyamuk aedes..

CARI..
Di dalam rumah
- bekas jambangan bunga (vase)
- kolam (kolah) mandi
- dulang perangkap air peti sejuk
- tangki simpanan air
- lain-lain bekas menyimpan air
Diluar rumah
- tayar buruk
- plastik yang boleh menakung air
- tin-tin minuman
- bekas makanan polisterin
- botol atau gelas pecah
- palong hujan (roof gutter)
- tempurung, tunggul pokok pisang
- buluh, daun keladi

MUSNAH
buang semua bekas yang boleh menakung air dengan betul
bersihkan sampah/daun-daun kering yang tersumbat pada palong hujan dan longkang
- tutup semua bekas menyimpan air
- tukar air dan sental bekas menyimpan air air hingga bersih
- masukkan bahan pembunuh jentik-jentik mengikut sukatan 

Monday, November 15, 2010

Makna Demokrasi dalam PKR


1 Ahli 1 Undi. Adakah ini yang kita panggil Demokrasi? Bagaimana dengan jawatan Ketua Umum? Siapa yang melantik Anwar Ibrahim sebagai Ketua Umum? Betul ke jawatan ini wujud atau sengaja diada-adakan? Dan yang paling penting sekarang bagaimana seorang individu yang tidak dipilih secara terbuka boleh mendapat kuasa dan menjadi pemimpin tertinggi dalam satu parti?

Semua sedar bahawa orang yang paling berpengaruh dalam PKR adalah Anwar dengan jawatannya sebagai Ketua Umum tetapi jawatan tersebut adalah sesuatu yang luar biasa kerana dimana-mana parti strukturnya adalah jelas Presiden yang mempunyai kuasa. Setiap parti mesti mempunyai susun lapisnya sendiri yang umumnya terdiri dari Presiden di peringkat tertinggi dengan diikuti oleh Timbalan, Setiausaha Agung dan seterusnya ke jawatan-jawatan lain.

Apa yang menghairankan, bilakah wujudnya jawatan tersebut atau siapa yang melantik Anwar, bagaimana proses pelantikan dibuat dan bagaimana dia boleh menduduki jawatan itu dan berkuasa lebih dari Presidennya. Jawatan Ketua Umum tidak sepatutnya wujud dalam mana-mana organisasi atau mana-mana pengurusan sama ada parti politik atau pentadbiran kerana biasanya pengurusan akan dilakukan secara terus oleh Presiden yang mempunyai kuasa penuh dengan dibantu oleh barisan kepimpinannya.

Ini membuktikan Anwar Ibrahim sebagai seorang yang tidak demokratik sebagaimana yang selalu disebutkannya. Anwar tidak mengamalkan demokrasi dalam menentukan kuasanya dalam PKR sendiri. Anwar hanya menggunakan retorik dalam menentukan hala tuju politiknya tanpa memikirkan kepada struktur dan organisasi yang dibentuk dari awal. Inilah antara faktor pentadbiran PKR semakin caca marba dengan pelbagai kepincangan terserlah ditambah pula dengan pemilihan pimpinan di peringkat Cabang dan Majlis Pimpinan Pusat (MPP) 2010 yang kucar-kacir.

Selain daripada jawatan Ketua Umum, jawatan Timbalan Presiden juga hangat diperkatakan sekarang. Anwar  takut dengan bayang-bayang sendiri. Dia sanggup mereka-reka cerita dan menyerang individu yang cuba menghalang anak emasnya, Azmin Ali daripada menggenggam jawatan nombor dua parti itu. Sewaktu Datuk  Zaid Ibrahim mengumumkan untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden parti itu, Anwar Ibrahim tiba-tiba sahaja menyerangnya secara peribadi termasuk menuduh  Zaid sebagai ejen UMNO. Dan yang paling penting untuk difikirkan siapakah yang akan menjawat ketua umum PKR selepas Anwar atau ianya khas untuk anwar.

Friday, November 12, 2010

Zaid Tewas kerana Prinsip

Fail:ZaidIbrahim.jpg

Datuk Mohd Zaid Ibrahim adalah seorang peguam terkenal dan ahli politik Malaysia berbangsa melayu yang juga merupakan Ahli Majlis Tertinggi Parti Keadilan RakyatSebelum ini beliau pendokong kuat UMNO dan pernah dilantik menjadi Menteri di Jabatan Perdana Menteri. Sebelum dilantik sebagai menteri kabinet, Zaid mengetuai sebuah syarikat peguaman sendiri iaitu Zaid Ibrahim & Co. Tetapi kini Zaid tidak lagi mempunyai apa-apa lagi jawatan baik dalam kerajaan mahupun PKR. Semuanya dilepaskan sebabkan oleh PRINSIP.

Semasa menjadi Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Zaid menerima surat tunjuk sebab dari UMNO berkaitan dengan surat terbukanya kepada Perdana Menteri Malaysia , Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan perjumpaannya dengan ahli-ahli Parlimen berhubung desakan memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Beliau juga menyertai majlis anti-ISA anjuran Pakatan Rakyat di Parlimen dan mempersoalkan status orang Melayu. Dalam Persidangan LawAsia 2008 Zaid menyifatkan konsep ketuanan Melayu menyebabkan berlaku pembaziran sumber, tenaga dan masa yang penting dalam menangani isu sebenar di negara ini. Pada 15 September 2008 ,Zaid meletak jawatan sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri kerana tidak dapat menerima penggunaan ISA terhadap pengamal media , orang awam dan ahli politik. Zaid melepaskan jawatan disebabkan oleh PRINSIP.

Selepas dipecat oleh UMNO zaid menyertai PKR. Beliau dilantik dalam Majlis Tertinggi PKR, AJK Biro Politik PKR dan Penyelaras Pakatan Rakyat. Anwar Ibrahim menyifatkan Zaid sebagai seorang serius mempertahankan hak asasi dan kebebasan badan kehakiman di Malaysia. Zaid juga dilihat sebagai tokoh besar yang berwibawa. Satu penghormatan dan lonjakan kepada perjuangan parti. Sikap ketegasan dan keberanian beliau terserlah dalam memperjuangkan isu hak asasi, kebebasan, proses demokrasi dan bebebasan badan kehakiman.

Zaid pernah menulis di dalam blog beliau bahawa sekarang 'bukan lagi zaman feudal' ketika merujuk kepada titah Sultan Selangor yang melarang penggunaan masjid dan surau sebagai gelanggang berpolitik. Tulisan zaid telah mengundang protes oleh Majlis Gabungan NGO Pembela Negara (MAGARAN) di hadapan ibu pejabat PKR menuntut Zaid Ibrahim memohon ampun kepada Sultan Selangor kerana mempersendakan titah perintah Sultan.

Pada 16 Oktober 2010, Zaid Ibrahim mengumumkan tawaran dirinya untuk bertanding untuk jawatan Timbalan Presiden dalam Pemilihan Parti pada tahun tersebut. Akan tetapi, pada 8 November 2010, gara-gara dakwaan bahawa pemilihan parti dicemari kecacatan dan tidak telus, Zaid mengumumkan penarikan dirinya daripada pertandingan jawatan timbalan presiden sambil meletak semua jawatannya dalam parti. Zaid melepaskan jawatan disebabkan oleh PRINSIP.

Tuesday, November 9, 2010

Demokrasi PKR yang Gagal


DATUK Zaid Ibrahim bukan sahaja menarik diri daripada persaingan jawatan Timbalan Presiden PKR, tetapi juga melepaskan semua jawatan dalam parti itu. Bermakna peguam itu akan melepaskan jawatan Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Pusat dan Pengerusi Perhubungan PKR Wilayah Persekutuan selain penyelaras bagi pakatan pembangkang.

Keputusan Zaid menarik diri ketika baru satu pertiga cabang PKR selesai mengadakan pemilihan tentu mengecewakan penyokongnya. Tindakan itu pasti memberi laluan mudah kepada Azmin Ali untuk mengetepikan cabaran Mustafa Kamil Ayub sebagai pesaing merebut jawatan nombor dua dalam parti itu.

Zaid ternyata kecewa kerana pucuk pimpinan PKR seolah-olah membenarkan berlaku penyelewengan dan penipuan dalam pemilihan parti, sedangkan isu itu telah dibangkitkan berulang kali.
Siapa tidak merajuk hati misalnya beberapa kali keputusan pengundian yang sebelum ini menunjukkan Zaid mendahului Azmin terpaksa diubah oleh Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution Ismail atas alasan silap kiraan.

Jika demikian cara pemilihan dilakukan, apa makna sistem demokrasi PKR yang memberi hak mengundi kepada setiap ahlinya – ‘satu ahli, satu undi.’ Dakwaan bahawa parti itu telus dan adil adalah temberang kerana cara pemilihan PKR secara jelas menunjukkan Anwar Ibrahim cuba mengekalkan kroni-kroninya dalam parti.
Hakikatnya, PKR hanya parti tunggangan Anwar untuk mencapai cita-citanya menjadi Perdana Menteri. Anwar mengamalkan sikap ‘nepotisme’ bagi memastikan orang yang dikehendakinya menang. Inilah imej sebenar demokrasi acuan PKR.

Sememangnya Zaid telah tersilap memilih parti yang boleh mengembangkan budaya politik berprinsip untuknya dapat membangunkan demokrasi dan tadbir urus yang baik di negara ini. PKR sendiri dibelenggu masalah perebutan kuasa di kalangan pemimpinnya serta tidak mempunyai hala tuju jelas dalam perjuangan politiknya sejak ditubuhkan dahulu.

Walaupun Zaid belum bersedia untuk keluar daripada PKR, tetapi mengikut rekod sejarah mereka yang menarik diri dan keluar daripada parti itu, faktor terlalu banyak kelemahan mendorong mereka ‘berhijrah.’ Bukan mengejutkan kalau seorang lagi pemimpin besar PKR meninggalkan parti itu.

PKR sebenarnya tiada idealisme perjuangan yang berlandaskan kepada kepentingan bangsa, agama dan negara, jadi tidak menghairankan kalau cita-cita parti itu hanya untuk mendapat kuasa semata-mata. Kepada Zaid, jangan salahkan ahli-ahli PKR jika semasa kemasukannya dalam parti itu disambut sebagai wira dan kini dicaci dengan gelaran ‘pengacau.’

Zaid menegaskan beliau tidak akan meninggalkan pembangkang dan akan terus bercakap serta memperjuangkan isu rakyat bagi memastikan masyarakat mendapat kerajaan yang lebih baik. Pihak pembangkang mana yang hendak mendengar cakap Zaid jika dia tidak punya apa-apa jawatan dalam politik. PKR bukanlah parti perjuangan, sebaliknya parti yang sentiasa bergolak yang akhirnya pemimpin terpaksa mencari jalan keluar. Apakah Zaid akan keluar daripada PKR sebagaimana pemimpin terdahulu? Kita tunggu pengumumannya!

1st Lady



1st lady of american slim..
boleh main teng-teng..























1st lady of malaysian?

Monday, November 8, 2010

Zaid Berundur Kerana Kecewa

Ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Datuk Zaid Ibrahim mungkin telah membuat keputusannya untuk mengundurkan diri daripada bertanding jawatan timbalan presiden parti itu berikutan prestasi yang mengecewakan pada pemilihan di Sabah pada hujung minggu lalu.

NONENamun beliau tidak mahu menglas lanjut status Zaid sehingga membaca apa yang ditulis oleh bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu di blognya.

"Saya tidak mahu ulas lanjut hingga saya baca apa yang ditulis oleh Zaid kerana bimbang mungkin salah tafsirnya.”

Berhubung dakwaan Zaid, beliau menarik diri kerana PKR membenarkan penyelewengan dan penipuan pada pemilihan itu bagi mencapai tujuan mereka, Anwar berkata isu berkenaan telah ditangani oleh setiausaha agungnya, Saifuddin Nasution Ismail.



alllooo datukkkk...
lagi mau putar belit lagi ka..
lagi mau tipuu sama orang kampung kaa..