Calon timbalan presiden PKR, Datuk Zaid Ibrahim membuat pengumuman mengejut untuk menarik diri daripada bertanding jawatan berkenaan.
Selain itu, Zaid yang juga pengerusi perhubungan PKR Wilayah Persekutuan juga mengumumkan beliau meletakkan semua jawatannya dalam PKR.
“Saya tawar diri menyertai parti ini atas kepercayaan saya boleh membawa politik progresif; memupuk dan memperkembangkan demokrasi dan ketelusan di negara ini. Saya sebenarnya silap,” katanya dalam satu kenyataan.
Menurut Zaid, sepanjang pemilihan PKR, membuktikan bahawa kepimpinan parti itu secara aktif membiarkan salah laku dan penipuan berleluasa dengan tujuan mencapai objektif tertentu.
“Saya yakin mana-mana parti politik dengan sikap hipokrit dan nilai-nilai palsu tidak akan mampu menawarkan sebarang pembaharuan yang bermakna kepada rakyat di negara ini.
"Saya mengambil keputusan ini kerana tidak ada usaha oleh kepimpinan parti untuk menangani manipulasi dan amalan tidak adil dalam pemilihan itu meskipun ia telah berulang-kali ditimbulkan,” katanya.
Sehubungan itu, Zaid yang sebelum ini pernah menjawat jawatan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, sebelum meletakkan jawatan dan meninggalkan Umno berkata beliau akan tetap komited terhadap perjuangan pembangkang.
Katanya, beliau akan terus bercakap berhubung isu yang membabitkan rakyat jelata dan terus berjuang bagi memastikan rakyta mendapat kerajaan yang lebih baik.
“Akhir sekali, saya berharap peminat Anwar Ibrahim tidak lagi menganggap saya sebagai 'spoiler'yang akan menghalang perarakan mereka ke Putrajaya. Saya ucapkan maju jaya kepada mereka,” katanya.
mana pergi demokrasi yang dibangga bangga kn..
parti sendiri porak peranda..
ada hati nak memimpin negara..
hahahahaa..
Monday, November 8, 2010
Friday, November 5, 2010
Demokrasi PKR: Niat baik tidak semestinya bawa kebaikan
Sekali imbas kelihatan ia amat radikal. Radikal dalam konteks kewujudan demokrasi di Malaysia. Untuk pertama kalinya ahli parti PKR boleh memilih ketua dari ranting, cabang hingga ke pucuk pimpinan pusat. Memang radikal.
Syabas! Tahniah! Kerana memiliki niat untuk merayakan demokrasi dalam parti. Syabas kerana memiliki niat untuk memperkasakan ahli-ahli dengan hak pengundian mereka.
Tetapi dalam hidup ini, niat yang baik tidak semestinya membawa kebaikan. Niat sahaja tidak mencukupi. Obama juga berniat baik apabila dia bersetuju untuk menambahkan lagi bala tentera Amerika di Afghanistan. Najib Razak juga berniat baik apabila dia menikahi seorang janda.
Niat bukan hakikat. Niat tidak memiliki apa-apa makna. Berniat hendak pergi ke Mekah untuk menunaikan haji, bunyinya baik dan gah. Tetapi kalau tidak menyimpan duit atau memohon pasport antarabangsa – niat ini tidak memiliki apa-apa makna.
Masalah yang dihadapi oleh PKR ialah pucuk pimpianannya cuba membawa demokrasi dengan membezakan diri mereka dengan demokrasi yang diamalkan oleh musuh politik mereka. Ini adalah kesilapan besar. Mereka ingin ‘meng-ada-kan’ atau mencipta demokrasi.
Kewujudan demokrasi bukan melalui perbandingan dengan musuh politik. Demokrasi wujud bukan kerana adanya fasisme. Demokrasi wujud bukan kerana adanya diktator. Sistem satu ahli satu undi dalam PKR seharusnya diwujudkan bukan kerana United Malays National Organisation menjalankan sistem undi perwakilan dalam pemilihan pimpinan mereka.
Jika kerana ingin berbeza dari United Malay National Organisation maka itu hanya reaksi. Demokrasi bukan reaksi. Kalau demokrasi sebagai langkah reaksi maka ini bukan demokrasi tapi ‘reaksionari’. Demokrasi adalah wadah yang diajukan di mana idea, pandangan akan didebat dan dicanai secara terbuka.
Jadi parti taukeh
Demokrasi bercita-cita untuk mewujudkan warga yang memiliki ketrampilan intelek dan keilmuan untuk berfikir, berhitung dan mengambil tindakan serta keputusan secara rasional setelah menilai semua fakta.
Sayugia diingatkan pemilihan satu undi untuk satu ahli ini belum menjamin kelahiran demokrasi. Bunyinya memang lunak, satu ahli dapat memilih dari bawah hingga ke atas. Hebat!
Apakah ini hakikat atau hanya satu ilusi?
Pada hemat saya, amat jelas kesongsangan pemahaman tentang apa itu demokrasi. Pengundian ini hanyalah satu manifestasi dari jalur demokrasi. Kalau hak mengundi wujud dalam sesebuah persatuan atau kumpulan bukan bermakna persatuan itu mengamalkan demokrasi.
Monday, October 25, 2010
Nik Aziz Juga Buat Silap
eksklusif Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengulangi kenyataannya bahawa beliau tidak tahu-menahu bahawa tindakannya melantik menantu sendiri menerajui Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) melanggar peruntukan undang-undang.
"Waktu saya lantik menantu saya, saya tidak tahu barang tidak boleh. (Saya) lantik dalam mesyuarat penuh. Ada penasihat undang-undang negeri (LA)," kata menteri besar Kelantan
"Saya sebut dalam kertas, menantu saya (dilantik). LA senyap. Saya kata, sahlah."
Ditemui di pejabatnya di Kota Bharu, Nik Abdul Aziz diminta mengulas kontroversi panjang yang melanda syarikat berkaitan kerajaan itu susulan tindakannya melantik Abdul Ariffahmi Ab Rahman sebagai ketua pengarah eksekutif PMBK.
Pelantikan menantunya itu didakwa amalan nepotisme sehingga pemimpin tertinggi PAS, termasuk Presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang, pada 23 November lalu meminta Nik Aziz menasihatkan Abdul Ariffahmi meletakkan jawatan.
Nik Abdul Aziz berkata, walaupun perkara itu dikatakan "salah" tetapi "beliau tidak boleh dipersalahkan" kerana tiada orang memaklumkan perkara itu kepadanya.
"LA pun tidak sebut apa. Nak salah saya macam mana? Jadi bila timbul macam ini, saya kata (Abdul Ariffahmi, foto kiri) letak jawatanlah," katanya.
kes ni sama dengan dengan kes rosmah..
penaung yang tidak tahu apa apa..
"Waktu saya lantik menantu saya, saya tidak tahu barang tidak boleh. (Saya) lantik dalam mesyuarat penuh. Ada penasihat undang-undang negeri (LA)," kata menteri besar Kelantan
"Saya sebut dalam kertas, menantu saya (dilantik). LA senyap. Saya kata, sahlah."
Pelantikan menantunya itu didakwa amalan nepotisme sehingga pemimpin tertinggi PAS, termasuk Presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang, pada 23 November lalu meminta Nik Aziz menasihatkan Abdul Ariffahmi meletakkan jawatan.
Nik Abdul Aziz berkata, walaupun perkara itu dikatakan "salah" tetapi "beliau tidak boleh dipersalahkan" kerana tiada orang memaklumkan perkara itu kepadanya.
kes ni sama dengan dengan kes rosmah..
penaung yang tidak tahu apa apa..
Saturday, October 23, 2010
PAS Juga Mengamalkan Fitnah
Mereka memang bersikap opportunist apabila terus fitnah Datin Seri Rosmah Mansor seorang saja untuk dijadikan sasaran . Kita menyokong pihak yang membantah penghinaan busana ini terhadap agama Islam tetapi mengaitkan nama Rosmah adalah tidak adil .
Syabas kepada Pisau yang mendedahkan kerja jahat parti kaki fitnah ini :
Pisau turut bersetuju mengenai pendapat Dr MAZA bahawa pihak pengajur harus lebih sensitif mengenai isu ini.
Membuat fitnah dan mengaitkan Ds Rosmah dengan pelbagai cercaan juga mencerminkan khawarij PAS tidak menyiasat sepenuhnya mengenai IFF yang dianjurkan.
Petikan dari Berita Harian-
"Namun, penampilan koleksi pereka kelahiran Palestin, Hindi Mehdi dengan koleksi Glamour a Paris bagaikan ‘tergelincir’ daripada konsep pertunjukan. Pereka yang kini sedang mencipta nama di pentas peragaan Paris itu bagaikan tidak peka dengan konsep IFF dengan menampilkan rekaan kurang sesuai untuk busana Muslimah.
Penggunaan selapis kain organza hitam menutupi kepala, tetap tidak mampu melindungi rekaan yang mendedahkan sebahagian besar dada dan belakang badan model yang memperagakan rekaan berkenaan. Mungkin beliau akan lebih berhati-hati pada masa depan (jika masih diberi peluang menyertai IFF) selepas menyaksikan koleksi menawan pereka lain yang nyata lebih menepati konsep.
Bagaimanapun, koleksi African Inspiration oleh pereka kelahiran Cameroon, Parfait Behen, yang menutup tirai IFF wajar diberi pujian. Walaupun model yang memperagakan koleksi berkenaan tidak tampil sepenuhnya menutup aurat, rekaan dihasilkan sopan dengan motif yang memaparkan sentuhan Afrika, antaranya corak harimau bintang yang sinonim dengan benua unik itu.
Mengulas mengenai kegagalan Mehdi untuk menepati konsep IFF, Raja Rezza berkata, beliau tidak kecewa meskipun sudah memberi penerangan mengenai IFF kepada setiap pereka terbabit, sebaliknya berharap pereka fesyen sedang meningkat naik itu belajar daripada pemerhatiannya pada malam gala itu.
“Ini pertama kali beliau terbabit dalam IFF. Namun, memandangkan matlamat IFF ialah mendidik pereka mengenai fesyen Islam dan menterjemahkannya dalam budaya masing-masing, kita harap Mehdi akan lebih peka pada masa depan. Proses pembelajaran itu sendiri tidak berlaku sekelip mata, apatah pula pereka yang tidak pernah menghasilkan rekaan untuk busana Muslimah. Kita harap sedikit demi sedikit mereka dapat memahami sepenuhnya apa itu fesyen Islam."
Kehadiran Ds Rosmah ke majlis tersebut hanyalah atas kapasiti Penaung IFF dan sudah tentu beliau tidak mengetahui apa rekaan yang bakal ditunjukkan pada majlis tersebut.Untuk terus menyerang dan membuat fitnah secara membuta tuli ternyata memperlihatkan betapa kotornya khawarij PAS.
Mengapa Khawarij PAS tidak membantah Pengasas yang juga Pengerusi IFF, Datuk Raja Rezza Shah sebaliknya menyerang Ds Rosmah? Inilah yang dimaksudkan membuat fitnah dan mempolitikkan isu ini
Untuk membuat bantahan adalah tidak menjadi masaalah kerana memang bertepatan tindakan tersebut namun mempolitikkan isu ini ternyata khawarij PAS begitu terdesak dan memperlihatkan tahap kebodohan yang melampau hingga sanggup melakukan apa saja.
Sudah terang-terang gambar tu mnyatakan IFF di Monte Carlo. Tapi Khawarij PAS berdemo semalam menyatakan IFF ini diadakan di Kuala Lumpur. Cuba perhatikan gambar itu betul-betul
INI KERJA FITNAH PAS TERHADAP PAS

Khawarij PAS yang terkenal dengan kerja fitnah dan bohong telah mengerakkan perang persepsi terhadap Ds Rosmah apabila secara terang terangan menyerang kononnya beliau tidak sensitif terhadap pemakaian wanita Islam .
Kerja bangsat yang dilakukan oleh khawarij PAS bukan saja di blog blog dan Harakah,mereka turut merancang membuat tunjuk perasaan di masjid masjid untuk menyerang Rosmah dan keseluruhan UMNO pada amnya.
Nasharuddin Tantawati Ketua Militan PAS telah mengerakkan gerembolan kaki fitnah telah menyebarkan gambar di bawah untuk dijadikan modal menyerang Ds Rosmah.
Sebenarnya gambar diatas adalah satu pertunjukkan fesyen di Monte Carlo bukan di Kuala Lumpur seperti mana yang difitnah oleh pakatan.
Pembaca boleh rujuk gambar gambar di Galeri atau pun islamicfashionfestival , Festival ini 3 lokasi berbeza
Anda boleh melihat gambar gambar yang sebenar dan amat berbeza lokasi dan backdrope diantara gambar yang difitnah oleh PAS dan program Islamic Fashion Festival yang dihadiri oleh Ds Rosmah.
Ternyata usaha puak khawarij ini sudah ketahap melampau. Justeru adalah tidak mengejutkan jika mereka mereka yang kononnya memperjuangkan Islam ini sanggup berkawan hatta dengan syaitan sekali pun. Secara tidak langsung mereka memperlihatkan sikap IBLIS yang bersarang didalam hati kotor mereka.
Petikan dari blog Satulimatiga
Seterusnya, gambar-gambar dari Islamic Fashion Festival yang dianjurkan di Monte Carlo pada 9 Ogos 2010. Tuan rumah yang menguruskannya adalah Monaco. Jangan terlepas pandang, gambar yang dipolitikkan PAS berada di sini.
Gambar yang dianjurkan di Monaco ini diambil di sini.Berikut pula gambar-gambar Islamic Fashion Festival di Kuala Lumpur. Tuan rumah yang menguruskannya adalah Malaysia.






Barisan selebriti tempatan yang turut menjayakannya
Gambar-gambar penganjuran di Kuala Lumpur ini diambil dari laman web rasmi IFF di sini.
PAS Tunjuk Belang Sebenar?
Kempen Burukkan DAP Begitu Aktif Berjalan di Dalam PAS Selangor
from Malaysia Waves by Tulang Besi
Mula2 saya cuma membaca artikel Pak Bakaq/Penarik Beca. Bahawa berlaku kempen memburukkan DAP dan PKR dalam sebuah usrah di rumah HAsan Ali. NAmun apabila saya mendengar sendiri ucapan Dato Harun Din dalam majlis itu, saya menjadi sangat-sangat kesal dan sedih. Mengapa Dato Harun Din dan PAS Selangor menghabiskan waktu dan masa yang begitu berharga melakukan suatu perkara yang menguntungkan UMNO dan Barisan NAsional.
Malahan, ucapan ini dibuat selepas wafatnya bekas ADUN Galas. Sepatutnya, ucapan ini mengarah kepada persediaan untuk DUN Galas dan bagaimana hendak memenangi DUN Galas.
Namun, ucapan berkisar kepada mengulangi fitnah-fitnah UMNO ke atas rakan PAS dalam PAkatan Rakyat.
Misalnya, fitnah UMNO kononnya berlaku huru-hara dalam Parti Keadilan Rakyat. Hakikatnya, huru hara itu hanya melibatkan 4 cabang PKR dan cabang2 lain seluruh Malaysia berjalan dengan baik.
Berlaku penangguhan 9 cabang pun adalah atas sebab AJK Pemilihan mereka yang tidak bersedia dengan baik. Bukannya sebab pergaduhan atau persengketaan.
Saya terkejut mendengar ceramah Dato Harun Din di usrah di rumah Dato Hasan Ali. Saya begitu terkejut dan begitu kesal dengan kempen memburukkan DAP dan PKR yang begitu aktif dalam PAS Selangor sekarang ini.
Mungkin Dato Harun Din perlu memberitahu mengapa beliau melobi Ahli Parlimen Lembah Pantai bagi pihak AMONA dan Dato Osman untuk membina Condo 26 tingkat. Sumber saya di Lembah Pantai memberitahu saya rakaman perjumpaan tersebut ada dibuat dan menunggu masa untuk dikeluarkan.
MEngapa Dato Harun Din sanggup menganjurkan perjumpaan dengan Nurul Izzah meminta Nurul Izzah menyokong projek Amona membina Condo 26 tingkat? Mengapa Dato HArun Din boleh pergi melobi projek tersebut bagi pihak seorang korporat UMNO?
Begitu juga DAto Hasan Ali, saya nak tanya bila nak keluarkan laporan bertulis kepada PAS Pusat?
Oleh kerana skrg musim pilihanraya kecil GALAS, saya tidak akan dedah rakaman usrah di kediaman Hasan Ali tersebut.
Friday, October 22, 2010
Kehebatan Anwar dan Lim
Jadual Acara Anwar Ibrahim di Pulau Pinang – 22 Oktober 2010
by Anwar Ibrahim
12.30 tghari – Solat Jumaat di Masjid Jamek Permatang Batu Simpang Empat
5.30 ptg - Perjumpaan dgn YB ADUN, MP, Ahli Majlis, Ketua Cabang KeADILan Pulau Pinang
Lokasi - Bayan Room, Hotel Equatorial, Bukit Jambul
7.30-11.00 mlm - Majlis Makan Malam Tahunan KEADILAN Pulau Pinang
Lokasi - Matahari Ballroom, Hotel Equatorial, Bukit Jambul
Penceramah:
1. YB Anwar Ibrahim
2. YAB Lim Guan Eng
3. YB Mansor Othman
4. YB Khalid Samad
7.30 – 1100 mlm – Majlis Makan Malam Anjuran DAP Pulau Pinang
Lokasi – Tempat Letak Kereta Pasar Seri Uda, Jalan Raja Uda Butterworth
Penceramah:
1. YB Anwar Ibrahim
2. YAB Lim Guan Eng
3. YB Lim Kit Siang
4. YBhg Mat Sabu
perghh..
gler kentang...
5.30 ptg - Perjumpaan dgn YB ADUN, MP, Ahli Majlis, Ketua Cabang KeADILan Pulau Pinang
Lokasi - Bayan Room, Hotel Equatorial, Bukit Jambul
7.30-11.00 mlm - Majlis Makan Malam Tahunan KEADILAN Pulau Pinang
Lokasi - Matahari Ballroom, Hotel Equatorial, Bukit Jambul
Penceramah:
1. YB Anwar Ibrahim
2. YAB Lim Guan Eng
3. YB Mansor Othman
4. YB Khalid Samad
7.30 – 1100 mlm – Majlis Makan Malam Anjuran DAP Pulau Pinang
Lokasi – Tempat Letak Kereta Pasar Seri Uda, Jalan Raja Uda Butterworth
Penceramah:
1. YB Anwar Ibrahim
2. YAB Lim Guan Eng
3. YB Lim Kit Siang
4. YBhg Mat Sabu
perghh..
gler kentang...
Benarkah Calon PAS Pernah Ditangkap Khalwat?
Benarkah calon Pas ditangkap khalwat? Jika benar, ia sesuatu yang mengejutkan. Ini kerana bakal calon Pas khususnya pakatan pembangkang di pilihanraya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas, Dr Zulkefli Mohamad bukan saja calon kitar semula malah dikhabarkan pernah ditangkap khalwat bersama isterinya sekarang, Ramelah Mat Jusoh.
Memetik laporan beberap blog termasuk theunspinners, dakwaan pernah ditangkap khalwat itu telah dikhabarkan orang setempat di Gua Musang.
Menurut blog ini lagi, perkara itu mungkin dianggap sebagai kisah lama. Hasil perkongsian mereka pun sudah sampai 10 orang. Namun persoalannya adakah calon yang berlatarbelakang ditangkap khalwat ingin ditonjolkan oleh Pas sebagai imej Islam dan penyambung warisan ulama?
Pemilihan Dr Zulkefli ini tidak disenangi ramai pihak di kalangan pemimpin Pas setempat. Malah Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat juga dikatakan membuat pembohongan apabila beliau berkata Zulkefli dipilih kerana diyakini mampu meneruskan kerja cemerlang yang telah diusahakan wakil rakyat sebelum ini, Allahyarham Chek Hashim Sulaima.
Sebenarnya, Nik Aziz sudah berbohong kerana orang sebenar yang melakukan kerja cemerlang yang dikatakan adalah hasil usaha Allahyarham Chek Hashim Sulaima adalah Hussein Awang.
Dr Zulkefli sudah dua kali kalah. Sudah dua kali ditolak pengundi Gua Musang.
Hussein dilihat ramai sebagai lebih layak kerana dia yang menjalankan kerja sepanjang masa arwah Chek Hashim menanggung sakit.
Bukan sahaja, Hussein yang kecewa, seorang lagi yang turut tidak puashati dari senarai calon, ialah Abdullah Husin.
Abdullah telah mengarahkan penyokong-penyokongnya dari kalangan Pemuda untuk mendesak Nik Aziz mencalonnya.
Dia juga telah menghimpunkan Pemuda untuk satu majlis untuk membantah pencalonan Dr Zulkefli tetapi rancangan itu telah dibatalkan.
Nampaknya belum apa-apa lagi Pas sudah berdepan dengan pelbagai kemelut. Jikalau pun benar calon Pas, Dr Zulkefli pernah ditangkap khalwat namun ia sebenarnya sudah melepasi kriteria utama dan tunggal Pas iaitu syarat untuk menjadi calon adalah bukan perokok.
Syarat Pas mudah saja jangan perokok.
Memetik laporan beberap blog termasuk theunspinners, dakwaan pernah ditangkap khalwat itu telah dikhabarkan orang setempat di Gua Musang.
Menurut blog ini lagi, perkara itu mungkin dianggap sebagai kisah lama. Hasil perkongsian mereka pun sudah sampai 10 orang. Namun persoalannya adakah calon yang berlatarbelakang ditangkap khalwat ingin ditonjolkan oleh Pas sebagai imej Islam dan penyambung warisan ulama?
Pemilihan Dr Zulkefli ini tidak disenangi ramai pihak di kalangan pemimpin Pas setempat. Malah Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat juga dikatakan membuat pembohongan apabila beliau berkata Zulkefli dipilih kerana diyakini mampu meneruskan kerja cemerlang yang telah diusahakan wakil rakyat sebelum ini, Allahyarham Chek Hashim Sulaima.
Sebenarnya, Nik Aziz sudah berbohong kerana orang sebenar yang melakukan kerja cemerlang yang dikatakan adalah hasil usaha Allahyarham Chek Hashim Sulaima adalah Hussein Awang.
Dr Zulkefli sudah dua kali kalah. Sudah dua kali ditolak pengundi Gua Musang.
Hussein dilihat ramai sebagai lebih layak kerana dia yang menjalankan kerja sepanjang masa arwah Chek Hashim menanggung sakit.
Bukan sahaja, Hussein yang kecewa, seorang lagi yang turut tidak puashati dari senarai calon, ialah Abdullah Husin.
Abdullah telah mengarahkan penyokong-penyokongnya dari kalangan Pemuda untuk mendesak Nik Aziz mencalonnya.
Dia juga telah menghimpunkan Pemuda untuk satu majlis untuk membantah pencalonan Dr Zulkefli tetapi rancangan itu telah dibatalkan.
Nampaknya belum apa-apa lagi Pas sudah berdepan dengan pelbagai kemelut. Jikalau pun benar calon Pas, Dr Zulkefli pernah ditangkap khalwat namun ia sebenarnya sudah melepasi kriteria utama dan tunggal Pas iaitu syarat untuk menjadi calon adalah bukan perokok.
Syarat Pas mudah saja jangan perokok.
Subscribe to:
Comments (Atom)
