Friday, November 12, 2010

Zaid Tewas kerana Prinsip

Fail:ZaidIbrahim.jpg

Datuk Mohd Zaid Ibrahim adalah seorang peguam terkenal dan ahli politik Malaysia berbangsa melayu yang juga merupakan Ahli Majlis Tertinggi Parti Keadilan RakyatSebelum ini beliau pendokong kuat UMNO dan pernah dilantik menjadi Menteri di Jabatan Perdana Menteri. Sebelum dilantik sebagai menteri kabinet, Zaid mengetuai sebuah syarikat peguaman sendiri iaitu Zaid Ibrahim & Co. Tetapi kini Zaid tidak lagi mempunyai apa-apa lagi jawatan baik dalam kerajaan mahupun PKR. Semuanya dilepaskan sebabkan oleh PRINSIP.

Semasa menjadi Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Zaid menerima surat tunjuk sebab dari UMNO berkaitan dengan surat terbukanya kepada Perdana Menteri Malaysia , Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan perjumpaannya dengan ahli-ahli Parlimen berhubung desakan memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Beliau juga menyertai majlis anti-ISA anjuran Pakatan Rakyat di Parlimen dan mempersoalkan status orang Melayu. Dalam Persidangan LawAsia 2008 Zaid menyifatkan konsep ketuanan Melayu menyebabkan berlaku pembaziran sumber, tenaga dan masa yang penting dalam menangani isu sebenar di negara ini. Pada 15 September 2008 ,Zaid meletak jawatan sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri kerana tidak dapat menerima penggunaan ISA terhadap pengamal media , orang awam dan ahli politik. Zaid melepaskan jawatan disebabkan oleh PRINSIP.

Selepas dipecat oleh UMNO zaid menyertai PKR. Beliau dilantik dalam Majlis Tertinggi PKR, AJK Biro Politik PKR dan Penyelaras Pakatan Rakyat. Anwar Ibrahim menyifatkan Zaid sebagai seorang serius mempertahankan hak asasi dan kebebasan badan kehakiman di Malaysia. Zaid juga dilihat sebagai tokoh besar yang berwibawa. Satu penghormatan dan lonjakan kepada perjuangan parti. Sikap ketegasan dan keberanian beliau terserlah dalam memperjuangkan isu hak asasi, kebebasan, proses demokrasi dan bebebasan badan kehakiman.

Zaid pernah menulis di dalam blog beliau bahawa sekarang 'bukan lagi zaman feudal' ketika merujuk kepada titah Sultan Selangor yang melarang penggunaan masjid dan surau sebagai gelanggang berpolitik. Tulisan zaid telah mengundang protes oleh Majlis Gabungan NGO Pembela Negara (MAGARAN) di hadapan ibu pejabat PKR menuntut Zaid Ibrahim memohon ampun kepada Sultan Selangor kerana mempersendakan titah perintah Sultan.

Pada 16 Oktober 2010, Zaid Ibrahim mengumumkan tawaran dirinya untuk bertanding untuk jawatan Timbalan Presiden dalam Pemilihan Parti pada tahun tersebut. Akan tetapi, pada 8 November 2010, gara-gara dakwaan bahawa pemilihan parti dicemari kecacatan dan tidak telus, Zaid mengumumkan penarikan dirinya daripada pertandingan jawatan timbalan presiden sambil meletak semua jawatannya dalam parti. Zaid melepaskan jawatan disebabkan oleh PRINSIP.

No comments:

Post a Comment