Monday, October 25, 2010

Nik Aziz Juga Buat Silap

eksklusif Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengulangi kenyataannya bahawa beliau tidak tahu-menahu bahawa tindakannya melantik menantu sendiri menerajui Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) melanggar peruntukan undang-undang. 

"Waktu saya lantik menantu saya, saya tidak tahu barang tidak boleh. (Saya) lantik dalam mesyuarat penuh. Ada penasihat undang-undang negeri (LA)," kata menteri besar Kelantan

"Saya sebut dalam kertas, menantu saya (dilantik). LA senyap. Saya kata, sahlah." 

NONEDitemui di pejabatnya di Kota Bharu, Nik Abdul Aziz diminta mengulas kontroversi panjang yang melanda syarikat berkaitan kerajaan itu susulan tindakannya melantik Abdul Ariffahmi Ab Rahman sebagai ketua pengarah eksekutif PMBK. 

Pelantikan menantunya itu didakwa amalan nepotisme sehingga pemimpin tertinggi PAS, termasuk Presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang, pada 23 November lalu meminta Nik Aziz menasihatkan Abdul Ariffahmi meletakkan jawatan. 

Nik Abdul Aziz berkata, walaupun perkara itu dikatakan "salah" tetapi "beliau tidak boleh dipersalahkan" kerana tiada orang memaklumkan perkara itu kepadanya

azlan"LA pun tidak sebut apa. Nak salah saya macam mana? Jadi bila timbul macam ini, saya kata (Abdul Ariffahmi, foto kiri) letak jawatanlah," katanya. 


kes ni sama dengan dengan kes rosmah..
penaung yang tidak tahu apa apa..

Saturday, October 23, 2010

PAS Juga Mengamalkan Fitnah

Fitnah PAS kembali lagi .... Dalam isu peragaaan pakaian di IFF di Monte Carlo , terselah sikap sebenar PAS yang cuba menjadikan isu ini sebagai modal politik mereka .

Mereka memang bersikap opportunist apabila terus fitnah Datin Seri Rosmah Mansor seorang saja untuk dijadikan sasaran . Kita menyokong pihak yang membantah penghinaan busana ini terhadap agama Islam tetapi mengaitkan nama Rosmah adalah tidak adil .

Syabas kepada Pisau yang mendedahkan kerja jahat parti kaki fitnah ini :

Pisau turut bersetuju mengenai pendapat Dr MAZA bahawa pihak pengajur harus lebih sensitif mengenai isu ini.

Membuat fitnah dan mengaitkan Ds Rosmah dengan pelbagai cercaan juga mencerminkan khawarij PAS tidak menyiasat sepenuhnya mengenai IFF yang dianjurkan.

Petikan dari Berita Harian-

"Namun, penampilan koleksi pereka kelahiran Palestin, Hindi Mehdi dengan koleksi Glamour a Paris bagaikan ‘tergelincir’ daripada konsep pertunjukan. Pereka yang kini sedang mencipta nama di pentas peragaan Paris itu bagaikan tidak peka dengan konsep IFF dengan menampilkan rekaan kurang sesuai untuk busana Muslimah.

Penggunaan selapis kain organza hitam menutupi kepala, tetap tidak mampu melindungi rekaan yang mendedahkan sebahagian besar dada dan belakang badan model yang memperagakan rekaan berkenaan. Mungkin beliau akan lebih berhati-hati pada masa depan (jika masih diberi peluang menyertai IFF) selepas menyaksikan koleksi menawan pereka lain yang nyata lebih menepati konsep.

Bagaimanapun, koleksi African Inspiration oleh pereka kelahiran Cameroon, Parfait Behen, yang menutup tirai IFF wajar diberi pujian. Walaupun model yang memperagakan koleksi berkenaan tidak tampil sepenuhnya menutup aurat, rekaan dihasilkan sopan dengan motif yang memaparkan sentuhan Afrika, antaranya corak harimau bintang yang sinonim dengan benua unik itu.

Mengulas mengenai kegagalan Mehdi untuk menepati konsep IFF, Raja Rezza berkata, beliau tidak kecewa meskipun sudah memberi penerangan mengenai IFF kepada setiap pereka terbabit, sebaliknya berharap pereka fesyen sedang meningkat naik itu belajar daripada pemerhatiannya pada malam gala itu.

Ini pertama kali beliau terbabit dalam IFF. Namun, memandangkan matlamat IFF ialah mendidik pereka mengenai fesyen Islam dan menterjemahkannya dalam budaya masing-masing, kita harap Mehdi akan lebih peka pada masa depan. Proses pembelajaran itu sendiri tidak berlaku sekelip mata, apatah pula pereka yang tidak pernah menghasilkan rekaan untuk busana Muslimah. Kita harap sedikit demi sedikit mereka dapat memahami sepenuhnya apa itu fesyen Islam."

Kehadiran Ds Rosmah ke majlis tersebut hanyalah atas kapasiti Penaung IFF dan sudah tentu beliau tidak mengetahui apa rekaan yang bakal ditunjukkan pada majlis tersebut.Untuk terus menyerang dan membuat fitnah secara membuta tuli ternyata memperlihatkan betapa kotornya khawarij PAS.

Mengapa Khawarij PAS tidak membantah Pengasas yang juga Pengerusi IFF, Datuk Raja Rezza Shah sebaliknya menyerang Ds Rosmah? Inilah yang dimaksudkan membuat fitnah dan mempolitikkan isu ini

Untuk membuat bantahan adalah tidak menjadi masaalah kerana memang bertepatan tindakan tersebut namun mempolitikkan isu ini ternyata khawarij PAS begitu terdesak dan memperlihatkan tahap kebodohan yang melampau hingga sanggup melakukan apa saja.
Sudah terang-terang gambar tu mnyatakan IFF di Monte Carlo. Tapi Khawarij PAS berdemo semalam menyatakan IFF ini diadakan di Kuala Lumpur. Cuba perhatikan gambar itu betul-betul

INI KERJA FITNAH PAS TERHADAP PAS

Khawarij PAS yang terkenal dengan kerja fitnah dan bohong telah mengerakkan perang persepsi terhadap Ds Rosmah apabila secara terang terangan menyerang kononnya beliau tidak sensitif terhadap pemakaian wanita Islam .

Kerja bangsat yang dilakukan oleh khawarij PAS bukan saja di blog blog dan Harakah,mereka turut merancang membuat tunjuk perasaan di masjid masjid untuk menyerang Rosmah dan keseluruhan UMNO pada amnya.

Nasharuddin Tantawati Ketua Militan PAS telah mengerakkan gerembolan kaki fitnah telah menyebarkan gambar di bawah untuk dijadikan modal menyerang Ds Rosmah.


Sebenarnya gambar diatas adalah satu pertunjukkan fesyen di Monte Carlo bukan di Kuala Lumpur seperti mana yang difitnah oleh pakatan.

Pembaca boleh rujuk gambar gambar di Galeri atau pun islamicfashionfestival , Festival ini 3 lokasi berbeza

Anda boleh melihat gambar gambar yang sebenar dan amat berbeza lokasi dan backdrope diantara gambar yang difitnah oleh PAS dan program Islamic Fashion Festival yang dihadiri oleh Ds Rosmah.

Ternyata usaha puak khawarij ini sudah ketahap melampau. Justeru adalah tidak mengejutkan jika mereka mereka yang kononnya memperjuangkan Islam ini sanggup berkawan hatta dengan syaitan sekali pun. Secara tidak langsung mereka memperlihatkan sikap IBLIS yang bersarang didalam hati kotor mereka.

Petikan dari blog Satulimatiga

Seterusnya, gambar-gambar dari Islamic Fashion Festival yang dianjurkan di Monte Carlo pada 9 Ogos 2010. Tuan rumah yang menguruskannya adalah Monaco. Jangan terlepas pandang, gambar yang dipolitikkan PAS berada di sini.

Gambar yang dianjurkan di Monaco ini diambil di sini.

Berikut pula gambar-gambar Islamic Fashion Festival di Kuala Lumpur. Tuan rumah yang menguruskannya adalah Malaysia.



Barisan selebriti tempatan yang turut menjayakannya


Artis tempatan yang menjayakan persembahan.

Gambar-gambar penganjuran di Kuala Lumpur ini diambil dari laman web rasmi IFF di sini.

PAS Tunjuk Belang Sebenar?

Kempen Burukkan DAP Begitu Aktif Berjalan di Dalam PAS Selangor

Mula2 saya cuma membaca artikel Pak Bakaq/Penarik Beca. Bahawa berlaku kempen memburukkan DAP dan PKR dalam sebuah usrah di rumah HAsan Ali.

NAmun apabila saya mendengar sendiri ucapan Dato Harun Din dalam majlis itu, saya menjadi sangat-sangat kesal dan sedih. Mengapa Dato Harun Din dan PAS Selangor menghabiskan waktu dan masa yang begitu berharga melakukan suatu perkara yang menguntungkan UMNO dan Barisan NAsional.

Malahan, ucapan ini dibuat selepas wafatnya bekas ADUN Galas. Sepatutnya, ucapan ini mengarah kepada persediaan untuk DUN Galas dan bagaimana hendak memenangi DUN Galas.

Namun, ucapan berkisar kepada mengulangi fitnah-fitnah UMNO ke atas rakan PAS dalam PAkatan Rakyat.

Misalnya, fitnah UMNO kononnya berlaku huru-hara dalam Parti Keadilan Rakyat. Hakikatnya, huru hara itu hanya melibatkan 4 cabang PKR dan cabang2 lain seluruh Malaysia berjalan dengan baik.

Berlaku penangguhan 9 cabang pun adalah atas sebab AJK Pemilihan mereka yang tidak bersedia dengan baik. Bukannya sebab pergaduhan atau persengketaan.

Saya terkejut mendengar ceramah Dato Harun Din di usrah di rumah Dato Hasan Ali. Saya begitu terkejut dan begitu kesal dengan kempen memburukkan DAP dan PKR yang begitu aktif dalam PAS Selangor sekarang ini.

Mungkin Dato Harun Din perlu memberitahu mengapa beliau melobi Ahli Parlimen Lembah Pantai bagi pihak AMONA dan Dato Osman untuk membina Condo 26 tingkat. Sumber saya di Lembah Pantai memberitahu saya rakaman perjumpaan tersebut ada dibuat dan menunggu masa untuk dikeluarkan.

MEngapa Dato Harun Din sanggup menganjurkan perjumpaan dengan Nurul Izzah meminta Nurul Izzah menyokong projek Amona membina Condo 26 tingkat? Mengapa Dato HArun Din boleh pergi melobi projek tersebut bagi pihak seorang korporat UMNO?

Begitu juga DAto Hasan Ali, saya nak tanya bila nak keluarkan laporan bertulis kepada PAS Pusat?

Oleh kerana skrg musim pilihanraya kecil GALAS, saya tidak akan dedah rakaman usrah di kediaman Hasan Ali tersebut.

Friday, October 22, 2010

Kehebatan Anwar dan Lim


Jadual Acara Anwar Ibrahim di Pulau Pinang – 22 Oktober 2010

12.30 tghari – Solat Jumaat di Masjid Jamek Permatang Batu Simpang Empat
5.30 ptg  - Perjumpaan dgn YB ADUN, MP, Ahli Majlis, Ketua Cabang KeADILan Pulau Pinang
Lokasi -  Bayan Room, Hotel Equatorial, Bukit Jambul

7.30-11.00 mlm -  Majlis Makan Malam Tahunan KEADILAN Pulau Pinang
Lokasi -  Matahari Ballroom, Hotel Equatorial, Bukit  Jambul


Penceramah:
1.    YB Anwar Ibrahim
2.    YAB Lim Guan Eng
3.    YB Mansor Othman
4.    YB Khalid Samad

7.30 – 1100 mlm – Majlis Makan Malam Anjuran DAP Pulau Pinang
Lokasi – Tempat Letak Kereta Pasar Seri Uda, Jalan Raja Uda Butterworth


Penceramah:
1.    YB Anwar Ibrahim
2.    YAB Lim Guan Eng
3.    YB Lim Kit Siang
4.     YBhg Mat Sabu

perghh..
gler kentang...

Benarkah Calon PAS Pernah Ditangkap Khalwat?

Benarkah calon Pas ditangkap khalwat? Jika benar, ia sesuatu yang mengejutkan.  Ini kerana bakal calon Pas khususnya pakatan pembangkang di pilihanraya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas, Dr Zulkefli Mohamad bukan saja calon kitar semula malah dikhabarkan pernah ditangkap khalwat bersama isterinya sekarang, Ramelah Mat Jusoh.



Memetik laporan beberap blog termasuk theunspinners, dakwaan pernah ditangkap khalwat itu telah dikhabarkan orang setempat di Gua Musang.
Menurut blog ini lagi, perkara itu mungkin dianggap sebagai kisah lama. Hasil perkongsian mereka pun sudah sampai 10 orang. Namun persoalannya adakah calon yang berlatarbelakang ditangkap khalwat ingin ditonjolkan oleh Pas sebagai imej Islam dan penyambung warisan ulama?

Pemilihan Dr Zulkefli ini tidak disenangi ramai pihak di kalangan pemimpin Pas setempat.  Malah Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat juga dikatakan membuat pembohongan apabila beliau berkata Zulkefli dipilih kerana diyakini mampu meneruskan kerja cemerlang yang telah diusahakan wakil rakyat sebelum ini, Allahyarham Chek Hashim Sulaima.

Sebenarnya, Nik Aziz sudah berbohong kerana orang sebenar yang melakukan kerja cemerlang yang dikatakan adalah hasil usaha Allahyarham Chek Hashim Sulaima adalah Hussein Awang.
Dr Zulkefli sudah dua kali kalah. Sudah dua kali ditolak pengundi Gua Musang.

Hussein dilihat ramai sebagai lebih layak kerana dia yang menjalankan kerja sepanjang masa arwah Chek Hashim menanggung sakit.
Bukan sahaja, Hussein yang kecewa, seorang lagi yang turut tidak puashati dari senarai calon, ialah Abdullah Husin.
Abdullah telah mengarahkan penyokong-penyokongnya dari kalangan Pemuda untuk mendesak Nik Aziz mencalonnya.
Dia juga telah menghimpunkan Pemuda untuk satu majlis untuk membantah pencalonan Dr Zulkefli tetapi rancangan itu telah dibatalkan.

Nampaknya belum apa-apa lagi Pas sudah berdepan dengan pelbagai kemelut.  Jikalau pun benar calon Pas, Dr Zulkefli pernah ditangkap khalwat namun ia sebenarnya sudah melepasi kriteria utama dan tunggal Pas iaitu syarat untuk menjadi calon adalah bukan perokok.
Syarat Pas mudah saja jangan perokok.

Wednesday, October 20, 2010

KUALITI UDARA DI MUAR BAHAYA, MELAKA TAK SIHAT - Mkini

Indeks pencemaran udara (IPU) bagi Muar, Johor dilaporkan pada keadaan amat berbahaya manakala bagi kebanyakan tempat di Melaka pula ia diletakkan dalam keadaan tidak sihat.

Pada jam 11 pagi tadi, bacaan di Muar adalah pada 432 sementara bacaan yang diukur di Bukit Rambai, Melaka pada 95 dan bandaraya Melaka pada 111. 

Menurut laman sesawang, Jabatan Alam Sekitar, www.doe.gov.my - bacaan melebih paras 100 dikategorikan sebagai tidak sihat dan bacaan melebihi 300 pula dikatakan amat bahaya.

Kategori sihat adalah ukuran IPU daripada 0 hingga 50 manakala 51 hingga 100 sebagai sederhana.

Kualiti udara yang merosot juga dilaporkan di beberapa tempat seperti di utara Jojor, Negeri Sembilan dan Selangor sejak beberapa hari kebelakangan ini.

hahaha..
patut la semalam dato ali umum nak jadikan Melaka Bandar Teknologi Hijau..
udara kat melaka tak sihat rupenye..

BATU SAPI: PKR ATAU SAPP BERI LALUAN? - Mkini

Pemimpin PKR dan Parti Maju Sabah (SAPP) akan berbincang di Kota Kinabalu esok bagi mencari kata sepakat mengenai calon untuk menentang BN dalam pilihan raya kecil kerusi parlimen Batu Sapi pada 4 November ini.

NONEPertemuan itu dipercayai diatur setelah penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, dilaporkan meminta SAPP supaya tidak bertanding bagi memberi laluan kepada calon PKR.

Ketika diminta mengulas pertemuan esok, timbalan presiden SAPP, Datuk Eric Majimbun, berkata majlis tertinggi parti itu telah membuat keputusan untuk bertanding di Batu Sapi dan keputusan itu tidak mungkin diubah.

"SAPP adalah parti tempatan. Jika kami tidak bertanding di Sabah, di manakah lagi kami dapat bertanding," katanya.

azlanBagaimanapun, katanya, SAPP sedia membincangkan kerjasama dengan PKR dalam menghadapi pilihan raya kecil itu.

"Lagipun, dalam politik apa saja boleh berlaku," katanya.

Kerusi itu kosong berikutan kematian Datuk Edmond Chong Ket Wah daripada BN akibat satu nahas jalan raya pada 9 Oktober lalu. Pada pilihan raya umum lalu, Chong yang juga bendahari Parti Bersatu Sabah, menewaskan calon Bebas, Chung Ong Wing dengan majoriti 3,708 undi.

Batu Sapi mempunyai 25,582 pengundi termasuk hampir 16,000 pengundi Bumiputera dan lebih 9,700 pengundi Cina.



hahaha..
hahahaahahaa...
baru cakap semalam..
hari ni dah jadi..
kalau macam ni..
sampai bila-bila sabah tak dapat hak autonomi..
semua semenanjung sebat..
hahahaa...

Omar: Cuepacs tetap mahu bonus

KUALA LUMPUR, 20 Okt — Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) sekali lagi memohon supaya kerajaan mempertimbangkan pemberian dua bulan bonus kepada kira-kira 1.2 juta penjawat awam di negara ini.
Presidennya, Omar Osman berkata berdasarkan pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) yang menunjukkan peningkatan sebanyak 10.5 peratus tahun ini, beliau yakin kerajaan mampu berbuat demikian.
“Pertumbuhan KDNK negara kita telah melonjak kepada 10.5 peratus dan keadaan ekonomi negara sedang mantap, jadi tidak mustahil perkara itu (bonus) dapat dilaksanakan
“Kita turut menghantar satu telegram kepada Perdana Menteri petang ini bagi menyatakan hasrat kita (supaya) dapat berjumpa beliau dengan harapan kerajaan
dapat mempertimbangkan semula pemberian bonus itu,” katanya selepas mempengerusikan Mesyuarat Khas Majlis Kongres Cuepacs semalam.
Seramai 135 perwakilan kongres, termasuk dari Sabah dan Sarawak, menghadiri mesyuarat yang berlangsung selama dua jam itu.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak semasa pembentangan Bajet 2011 di Dewan Rakyat Jumaat lepas, tidak mengumumkan bonus kepada kakitangan awam, sebaliknya memberi bantuan kewangan khas sebanyak RM500 bagi Gred 54 dan ke
bawah, termasuk pegawai kontrak dan pesara kerajaan, bagi menampung perbelanjaan persiapan sekolah.
Omar berkata tuntutan pemberian bonus telah dibuat sejak beberapa tahun lepas, namun ditolak kerana keadaan ekonomi yang tidak menentu ketika itu.       
Beliau yang berterima kasih di atas pemberian bantuan kewangan khas itu, masih berharap kerajaan dapat memberikan sekurang-kurangnya sebulan bonus.
Ditanya mengenai pemansuhan Penilaian Tahap Kecekapan (PTK) yang akan digantikan dengan sistem penilaian baru, Omar berkata, Cuepacs menyambut baik pengumuman itu, namun berharap mereka akan dipanggil berbincang mengenai penggubalan sistem baru tersebut.
“Kita berharap pada Julai 2011 nanti, sistem penilaian baru yang baik dapat diwujudkan, dan wakil dalam Cuepacs turut dipanggil bagi berbincang apakah sistem yang terbaik bagi penambahbaikan dalam perkhidmatan awam pada masa kini,” katanya.
Beliau turut menjelaskan bahawa PTK yang bakal diadakan bulan ini, tetap diteruskan sehingga satu sistem penilaian baru diwujudkan pada Julai tahun depan. — Bernama

Bonus..Bonus..Bonus...

Arwah Chek Hashim gigih bangunkan Galas - Harakah

KOTA BHARU, 19 Okt: Kerajaan Kelantan melahirkan rasa dukacita terhadap seorang menteri yang mendakwa pengundi Dun Galas salah membuat pilihan pada pilihan raya umum lalu sehingga kawasan itu tidak membangun.
Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pelancongan dan Kebudayaan Negeri, Datuk Takiyuddin Hassan, berkata kenyataan itu menafikan ‘perjuangan’ membela rakyat yang telah dilakukan oleh Allahyarham Chek Hashim Sulaima.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas perkara itu pada sidang media Sukan Air Antarabangsa Kelantan 2010, di TIC, di sini.
Katanya, kerajaan negeri akan melancarkan projek pembangunan yang diusahakan oleh allahyarham di Bandar Utama Gua Musang sepanjang hayatnya tidak lama lagi.
“Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, bakal merasmikan projek berkenaan,” ujarnya.
Takiyuddin seterusnya berkata, kenyataan menteri itu bukan sahaja menafikan usaha allahyarham, sebaliknya mengabui mata rakyat.

kalau projek ini dlaksanakan oleh BN sipanggil 'projek me segera'..
tapi kalau dibuat oleh PAS diorang kata dah lama rancang..
dua-dua sama je..2x5 @ 5x2 = 10

Tuesday, October 19, 2010

BATU SAPI: PKR WAKILI PAKATAN RAKYAT - Harakah

KUALA LUMPUR, 19 Okt: Pakatan Rakyat hari ini mengumumkan untuk meletakkan calon dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) bertanding dalam pilihan raya kecil (PRK) Parlimen Batu Sapi, Sabah.
Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, keputusan itu dibuat setelah bermesyuarat dengan Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat Sabah.
"Atas cadangan Pakatan Rakyat Sabah, untuk pilihan raya kecil kawasan Batu Sapi mereka bersetuju dan kemukakan kepada pimpinan Pakatan Rakyat untuk Parti Keadilan meletakkan calon mewakili Pakatan Rakyat," kata Anwar dalam sidang media di lobi Parlimen pagi ini.
Turut serta pada sidang media tersebut, Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan Penasihat DAP, Lim Kit Siang.
Ketua Pembangkang di Parlimen itu juga berkata, senarai calon akan diputuskan dalam masa terdekat ini.
"Pakatan Rakyat meletakkan calon-calon dari PKR dan kita akan letakkan nama dalam masa yang singkat setelah saya dan pimpinan PKR berunding dengan (Datuk Seri) Abdul Hadi dan Lim Kit Siang.
Tambah Anwar lagi, Pakatan turut berharap agar Parti Bersatu Rakyat Sabah (SUPP) tidak bertanding bagi membolehkan pertandingan satu lawan satu.
"Kita harap SUPP tidak bertanding bagi membolehkan kita lawan satu lawan satu dengan Barisan Nasional," katanya.
Suruhanjaya Pilihan raya (SPR) menetapkan hari penamaan calon bagi pilihan raya kecil itu adalah pada 26 Oktober dan jika ada pertandingan pengundian diadakan pada 4 November.
PKR juga sudah mengikuti jejak langkah UMNO..
ini merupakan satu tindakan terdesak dari anwar untuk membukti PKR masih lagi parti yang relevan setelah apa yang berlaku kebelakangan ini..dengan mengenepikan parti-parti yang telah lama bertapak di Sabah..jelas kelihatan kesemua parti di bawah Pakatan Rakyat telah ditarik hidung oleh anwar..mereka hanya menuruti sahaja kemahuan anwar..


anwar dilihat seperti orang yang hilang punca dan kehabisan idea..ditambah pula isu moral yang tiada berkesudahan hingga kini..PKR tiada roh sebagaimana PAS..warna dan semangat reformasinya mudah luntur..janji PR hendak memberi kuasa autonomi kepada sabah hendaklah dinyatakan dalam manifesto dan bukan sekadar bercakap sahaja..


untuk menang PKR perlu buktikan dulu mentaliti dan budaya politik mereka patriotik, demokratik dan progresif..PKR perlu posr-mortem kelemahan secepat mungkin dan perlu pamerkan kemantapan dan kematangan organisasinya segera..dan semua ini perlu dibuktikan sebelum PRU13 untuk memulihkan dan mempertahankan keyakinan rakyat...

JANGAN GHAIRAH NAK TUKAR KERAJAAN: DR M - BHarian

TUN DR Mahathir   ketika berucap di  PWTC, semalam.
TUN DR Mahathir ketika berucap di PWTC, semalam.
Janji manis pembangkang tipu daya tamakkan kuasa 

KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengingatkan rakyat supaya tidak mudah menukar kerajaan setiap kali pilihan raya umum kerana pertukaran tampuk kepemimpinan tidak menjanjikan perubahan ketara dalam pembangunan negara.


Sebaliknya, beliau berkata banyak perkara tidak mampu diubah, sekali gus kekal pada kedudukan asal walaupun pentadbiran negara diambil alih oleh kerajaan pembangkang.


“Jangan fikir dengan menukar kerajaan melalui perubahan rejim, banyak perkara akan berubah sedangkan ia tidak berlaku. 

“Kita sentiasa memikirkan perubahan yang bakal dilakukan Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama tetapi sampai sekarang susah untuk dia membawa perubahan,” katanya ketika menyampaikan ucaptama pada forum antarabangsa bertajuk ‘Pembentukan Masyarakat Global, Liberalisasi Media dan Realiti Politik Baru’ sempena Perhimpunan Agung Umno kali ke-61, di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini, semalam. 



ini bermakna PR akan terus memerintah 4 negeri..
selangor akan terus diperintah PKR..
pulau pinang akan terus diperintah DAP..
kedah dan kelantan akan terus diperintah PAS..
Dr M memang pemikir ulung..
kata-kata beliau akan dituruti rakyat..
kekalkan kerajaan yang sedia ada..
hahahaa...



CUTI BERSALIN 90 HARI?

 
"awak semua saya bagi cuti bersalin 90 hari bergaji penuh" 
"saya dah bentang dalam bajet 2011"

Berikut kenyataan penjelasan budget 2011 yang lalu diumumkan oleh Najib tentang cuti bersalin.

Menurutnya walaupun tiada pemberian bonus, kerajaan memberikan ganjaran lain yang memberi faedah kepada penjawat awam seperti cuti bersalin tidak melebihi 90 hari.

Ini turut memberi faedah kepada guru wanita yang merupakan hampir 70 peratus daripada 400,000 guru di seluruh negara, katanya.

“Cuti bersalin ini satu hadiah untuk kaum wanita. Tapi kalau tak nak ambil 90 hari pun boleh juga...itu terpulang kepada mereka,” katanya. -Malaysianinsider

Apa yang jelas sekali di sini kalau dahulu cuti bersalin hanya 60 hari namun penjawat awam dibenarkan cuti sebanyak 5 kali kelahiran, bermakna 60 hari x 5 kelahiran = 300 hari cuti bergaji penuh.

Kali ini Najib spin sikit supaya kaum wanita rasa gembira, lihat baik-baik,

"Memberi fleksibiliti dengan menentukan cuti bersalin sehingga 90 hari kepada penjawat awam wanita tertakluk kepada had semasa 300 hari" - Najib

Kaum wanita dibenarkan cuti bersalin 90 hari tetapi dalam had 300 hari sahaja, maka sama sahaja dengan yang lama 300 hari juga sepanjang tugas penjawat awam!

macam harammm..
baek punye spin...

LARI ALI LARI..


 Sebelum ini Ali Rustam memeranjatkan semua orang apabila dengan lantang mengajak pihak PAS berdebat dengannya secara terbuka berhubung isu Sekolah Termengandung Ali Rustam (STAR). Malah beliau juga ingin debat itu disiarkan oleh media arus perdana. Pihak PAS yang sememangnya menunggu saat itu menyifatkan ianya sebagai "pucuk dicita ulam mendatang" bagai "Mengantuk disorongkan bantal". namun sehingga kini Ali Rustam masih membisu.

MELAKA, 18 Okt: PAS Negeri Melaka sehingga kini masih belum mendapat sebarang maklum balas dari Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Ali Rustam dalam isu debat mengenai sekolah mengandung.

Pesuruhjaya PAS negeri, Ustaz Abdul Ghani Abdul Rahman (gambar) dalam jawapan spontan sedia berdebat dengan Ketua Menteri Melaka berkaitan isu penubuhan Sekolah Harapan.

Menurutnya, PAS menerima cabaran debat dan bersedia pada bila-bila masa dan di mana sahaja untuk menerangkan kebenaran kepada rakyat.

Beberapa orang rakyat yang ditemui kesal dengan sikap Mohd Ali yang seolah-olah takut untuk berdebat sedangkan beliau sendiri yang mencadangkan mengenainya.

Haji Jaya Mohamad, 65, dari Bukit Katil berkata, apa yang hendak ditakutkan kerana perdebatan itu adalah untuk mencari kebenaran, bukannya atas emosi dan kepentingan diri.

"Kita mesti berbincang dan berdebat dalam sesetengah isu untuk mencari kebenaran bukannya untuk tunjuk pandai," ujar beliau

DATUK KARIM GHANI KELUAR UMNO

Ahli politik veteran yang membawa Umno ke Sabah, Datuk Karim Ghani, hari ini mengumumkan keluar parti itu.

Beliau adalah antara bekas pemimpin parti Usno, termasuk Tun Datu Mustapha Datu Harun (pengasas Usno), yang memainkan peranan penting membawa Umno ke negeri itu pada 1990-an.

Usna dibubarkan untuk memberi laluan kepada Umno bertapak di Sabah.

Karim berkata, beliau telah menghantar surat peletakan jawatannya kepada ibupejabat Umno di Kuala Lumpur dan pejabat parti itu di Kota Kinabalu, awal hari ini.

Beliau berkata, keputusannya untuk meninggal Umno itu berkuatkuasa serta-merta.

Katanya, beliau akan kekal tanpa parti sehinggalah menemui parti politik yang sesuai untuk disertainya.

Karim berkata, beliau sudah bosan dengan kegagalan Umno untuk memperjuangkan hak dan kebajikan rakyat Sabah.

Bekas naib presiden Usno itu menyertai kumpulan yang setia kepada Usno yang baru-baru ini meminta Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein agar mengkaji semula keputusannya menolak permohonan mereka memulihkan Usno. 

Ada laporan menyatakan majoriti bekas pemimpin Usno merasa mereka dipinggirkan dan mahu parti itu dipulihkan untuk membolehkan mereka meneruskan perjuangan politik mereka. 

- Bernama

zaman sudah berubah..
dunia sudah terbalik..
selalunya bila time nk pilihanraya..
beratus orang akan keluar parti pembangkang..
sekarang..
semakin ramai plak otai-otai UMNO keluar parti..
nasib..nasib...

Monday, October 18, 2010

KERAJAAN TIDAK HEBAHKAN JASA?

Datuk Seri Najib Tun Razak berkata sudah sampai masanya BN memberitahu rakyat akan jasa dan budi yang dilakukan parti pemerintah itu selama ini untuk mensejahterakan kehidupan mereka.

Perdana Menteri berkata kerajaan BN tidak banyak mengembar gemburkan apa yang dilakukan untuk rakyat berbanding parti pembangkang, walaupun mereka hanya membuat sedikit sahaja untuk rakyat.

"Kita buat banyak tapi tak riuh rendah. Mereka buat sedikit tapi riuh sekampung. Kita buat bangunan tak gembar gembur...kita buat setinggi gunung...(tapi kadang kadang) orang tak hargai," katanya berucap melancarkan Karnival Skuad Sayang Wanita Umno di Taman Datuk Ahmad Razali, Ampang, dekat Kuala Lumpur, hari ini.

Najib berkata walaupun kerajaan memberikan pengecualian pembayaran bil eletrik bagi pengguna yang bil eletriknya berjumlah RM20 ke bawah kepada lebih kurang sejuta isi rumah di seluruh negara, tetapi tidak mengembar gemburkannya seperti sebuah negeri di bawah Pakatan Rakyat yang memberikan air percuma bagi setiap penggunaan 20 meter padu ke bawah.

cuba lihat gambar dibawah...


 








            


macam mana nak dihebahkan kalau....


   


lagi projek Barisan Nasional yang tidak dihebahkan..







APA SUDAH JADI DENGAN PKR


Apa sudah jadi dengan PKR sekarang membayangkan bahawa semua perkembangan yang berlaku dalam PKR bukanlah suatu konspirasi yang cuba dilakukan oleh pihak luar.

Sekalian banyak masalah dan isu yang berlaku secara bertali arus dalam PKR tidak mampu dilakukan oleh mana-mana konspirator kelas 1 yang wujud di alam ini.
Freemason, FBI, KGB yang terkenal dengan kepakaran mereka dalam menyusun-atur pelbagai strategi dan konspirasi untuk menawan dunia atau mana-mana negara pun tidak termampu melakukan konspirasi yang bertali arus, apatah lagi untuk menggunakan hanya pelakon-pelakon dalaman seperti yang berlaku dalam PKR.

Sebutlah satu demi satu isu yang berlaku dalam PKR.

1. Isu kekecohan mesyuarat cabang seluruh negara.

2. Keputusan sekejap menang sekejap kalah calon-calon tertentu dalam cabang-cabang PKR.

3. Sekejap tak layak dan sekejap layak bertanding Timbalan Presiden yang berlaku kepada Nurul Izzah.

4. Dalam masa yang sama timbul pula pengakuan mengejut Rahimi Osman dan Rasid Rosdi yang dipaksa membuat Akuan Bersumpah mengaitkan Perdana Menteri dan isteri dalam kes liwat Ketua Umum dengan pegawai peribadi.
Ditambah pula tindakan ala gengster ahli PKR yang cuba menghalang Rahimi dari mengamalkan budaya kebebasan akhbar dan amalan kebebasan bersuara seperti yang kononnya menjadi budaya kebanggaan pemimpin dan ahli PKR.

5. Budaya kronisma dan nepotisma yang paling dibenci oleh Anwar Ibrahim sehingga kononnya memaksa dia menentang bosnya sendiri suatu ketika dulu (Mantan PM Tun Mahathir), akhirnya telah menjadi budaya yang boleh diterima pakai di dalam PKR.
Bapa jadi Ketua Umum, Ibu jadi Presiden dan anak jadi Naib Presiden tidak menjadi masalah dalam PKR. Kalau perkara ini benar-benar berlaku selepas mesyuarat agung PKR bulan November nanti dan selepas PRU 13 nanti mereka dapat pula memerintah negara, secara hairakinya anak-beranak inilah yang akan menjadi pemimpin utama negara.

6. Sikap rasis yang kononnya dibawa oleh para pemimpin UMNO dan paling dibenci oleh PKR, kini telah menjadi amalan Azmin Ali yang menggelar Gobalakrisnan ‘Pariah’.

7. Terbaru AMK Pulau Pinang dan Perak menghantar memo dan mendesak Ketua Umum PKR meletak jawatan dan bertaubat.

Banyak lagi isu-isu besar yang melanda PKR yang tak mampu dituliskan di sini kerana jika ditulis artikel ini akan jadi panjang berjela. Apa yang ingin disebut di sini ialah perbezaan ketara ibarat langit dan bumi antara ucapan para pemimpin PKR dengan apa yang sebenarnya berlaku dan terjadi dalam PKR.
Telinga rakyat hampir tersumbat gara-gara kepetahan dan kemulusan kata-kata mereka, khasnya kata-kata dari Ketua Umum yang tak mahu kalah.

Hari-hari telinga rakyat disumbatkan dengan kenyataan betapa PKR mahukan ketelusan dan bencikan sikap kerajaan yang tidak telus. Tetapi akhirnya keputusan mesyuarat cabang PKR langsung tiada ketelusan.
PKR mahu menjadi sebuah kerajaan yang bersih dari sebarang budaya kronisma dan nepotisma. Akhirnya nepotisma dijadikan rukun dalam PKR dan tiada masalah kalau anak-beranak memerintah sesama sendiri.

Bagi PKR, rasis tidak ada tempat dalam dunia yang menjurus kepada kesamarataan. Akhirnya, apabila pemimpin Melayu dalam PKR kalah kepada kaum India dalam mesyuarat cabang baru timbul pemikiran ala rasis yang tidak berpuas hati kerana kaum India sudah memimpin kaum Melayu di banyak cabang PKR.

Inilah antara kecelaruan besar yang wujud di dalam kepimpinan PKR hari ini.
Anwar selalu membaca ayat suci al Quran yang bermaksud…Manusia merancang tetapi Allah juga merancang, maka perancangan Allah sudah pasti lebih baik. Sesungguhnya allahlah sebaik-baik perancang… Lebih kuranglah maksudnya….

GEMPA BUMI DI TAWAU


TAWAU 18 Okt. - Gempa bumi lemah berukuran 3.8 pada skala Richter dikesan berlaku di Tawau kira-kira pukul 4.37 pagi tadi.

Jabatan Meteorologi Malaysia dalam satu kenyataan yang dikeluarkan kira-kira pukul 5.05 pagi tadi di sini menyebut bahawa pusat gegaran itu dikesan di latitud 4.4 Utara dan longitud 118.1 Timur iaitu lapan kilometer dari barat laut Tawau.

Menurut kenyataan itu, gegaran lemah dapat dirasai di sekitar Tawau dan jabatan itu sedang memantau perkembangan berkenaan dan akan memaklumkan orang ramai jika ada perkembangan terbaru. - Bernama

Kelab UMNO Pesara kitar semula ahli lama

KUALA LUMPUR, 17 Okt: PAS berpandangan penubuhan Kelab Umno Pesara Kakitangan Kerajaan hanyalah sebagai kitar semula ahli Umno yang lama, bukan penambahan kekuatan Umno.
Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad berkata, PAS berpandangan penubuhan Kelab Umno Pesara Kakitangan Kerajaan tidak memberi apa-apa kesan kepada PAS.
Katanya, seperti sedia maklum yang menjadi Presiden Kelab, Tan Sri Aseh Che Mat bekas Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri yang memang terkenal sebagai kaki ampu Umno sewaktu berkhidmat lagi.
Baginya, orang seperti Aseh ada pun tidak genap, hilang pun tidak ganjil dalam perjuangan untuk rakyat dan negara.
Sebagaimana sedia maklum, ujarnya kebanyakan kakitangan kerajaan yang berada di pusat pentadbiran majoritinya bersama dengan PAS dan Pakatan Rakyat.
Ini, katanya kerana mereka orang yang cerdik boleh membandingkan antara intan dan kaca, yang tidak bergantung dari maklumat 20” X 10” (televisyen) sahaja.
Menurutnya, mereka lebih mengetahui banyak maklumat ketirisan dan penyelewengan dalam kerajaan BN.
“Ini yang menjadi kehairanan Presiden Umno, kenapa masih ramai pesara menyebelahi pembangkang.
“Jawapannya mudah, kerana mereka tidak mahu menghabiskan sisa hayat mereka untuk menyokong parti yang terkenal sebagai pengkhianat bangsa, agama dan negara,” ujarnya.
Tujuan kelab itu ialah untuk mewujudkan Model Politik Baru bagi memastikan kelangsungan Umno sebagai parti yang menerajui pemerintahan negara.
Datuk  Seri Najib Razak sendiri menyatakan bahawa strategi seperti ‘politik pembangunan’ tidak lagi berkesan jika digunakan sekarang.

ini ketua penerangan PAS sama mcm ketua penerangan UMNO..
pantang ada isu main belasah jer..
lepas tu merapu bukan-bukan..
memang la Kelab ni kitar semula ahli lama..
sebab PRU12 semua orang kerajaan tidak sokong kerajaan..
PM cuba tarik balik sokongan dari bekas kakitangan kerajaan.. 

Saturday, October 16, 2010

RINGKASAN BAJET 2011



Budget negara Malaysia bagi tahun 2011 baru sahaja selesai dibentangkan sebentar tadi oleh Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun razak. Berikut serba sedikit intipati ringkas belanjawan bagi tahun 2011.

Belanjawan (bajet) 2011 bertema "Transformasi Ke Arah Negara Maju Berpendapatan Tinggi" dengan empat strategi utama.
Berikut petikan penting ucapannya:
  • Rizab negara RM310.8b = 8.5 bulan import tertangguh
  • Negara telah pulih dari kemelesetan ekonomi dunia dgn pertumbuhan KDNK 9.5% separuh pertama 2010
  • Defisit dijangka rendah pada 5.4 peratus pada 2011
  • Jumlah dagangan Malaysia dijangka meningkat 18.7 peratus kepada RM1.173 trilion tahun ini berbanding RM988.2 bilion tahun lalu
  • Jumlah dagangan Malaysia dijangka meningkat 18.7 peratus kepada RM1.173 trilion tahun ini berbanding RM988.2 bilion tahun lalu
  • Sektor perkhidmatan diunjur berkembang 5.3 peratus tahun hadapan dengan pelaksanaan program dan inisiatif di bawah tujuh Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA) berkaitan perkhidmatan.
  • Warisan Merdeka - Permodalan Nasional Bhd akan membangunkan projek bersepadu berharga RM5 bilion, yang membabitkan menara 100 tingkat, yang dijadual siap pada 2020
  • Pembinaan projek pembangunan bercampur termasukkediaman mampu milik bernilai RM10 bilion di Sungai Buloh.
  • Pembangunan Zon Akuakultur Bersepadu di Pitas, Sungai Telaga dan Sungai Padas di Sabah serta di Batang Ai dan Tanjung Manis di Sarawak dengan peruntukan RM252 juta.
  • Peruntukan RM135 juta bagi persediaan prasarana asasmenggalakkan petani menceburi bidang bernilai tinggi seperti industri sarang burung walit.
  • Melanjutkan galakan potongan cukai pendapatan bagi pelabur dan pengecualian cukai pendapatan bagi syarikat dalam aktiviti pengeluaran bahan makanan sehingga 2015.
  • Syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) seperti Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), kini boleh melabur sehingga 20 peratus daripada jumlah aset yang diurus berbanding tujuh peratus sebelum ini.
  • Suruhanjaya sekuriti (SC) akan menawarkan tiga lesen broker saham baharu kepada syarikat tempatan, asing dan usaha sama yang layak untuk meningkatkan penyertaan pasaran runcit.
  • Duti import kira-kira 300 barangan kegemaran pelancong dan rakyat tempatan di antara 3 dan 5 peratus dimansuhkan bagi menjadikan Malaysia syurga beli belah
  • Dana Pencen Swasta (PPF) tahun depan untuk memberi manfaat kepada pekerja sektor swasta dan mereka yang bekerja sendiri
  • Program Adunan Biobahan Api dengan Petroleum Diesel(Program B5) secara mandatori bermula di Putrajaya, Kuala Lumpur, Selangor, Negeri Sembilan dan Melaka
  • Pengecualian cukai jualan ke atas semua jenis telefon bimbit.
  • RM850 juta bagi menyediakan infrastruktur sokongan untuk mempercepatkan pembangunan koridor dan wilayah.
  • RM411 juta untuk melonjak ekonomi ke arah sebuah negara berpendapatan tinggi, aktiviti penyelidikan, pembangunan dan pengkomersilan sebagai landasan peningkatkan aktiviti nilai ditambah dalam setiap bidang ekonomi.
  • Penubuhan Unit Inovasi Khas (UNIK) di bawah Jabatan Perdana Menteri dengan peruntukan RM71 juta bagi tahun depan untuk mengkomersilkan hasil penemuan R&D oleh universiti dan institusi penyelidikan.
  • RM200 juta untuk perolehan hasil kreatif seperti filem, drama dan dokumentari keluaran tempatan yang berkualiti tinggi.
  • Gaji pokok minimum pengawal keselamatan dinaikkan kepada RM500 hingga RM700 sebulan mengikut kawasan mulai Januari 2011
  • Penjawat awam wanita diberi pilihan tentukan sendiri tempoh cuti bersalin bergaji penuh tidak melebihi 90 hati
  • Skim Rumah Pertamaku bantu golongan muda yang baru bekerja dengan pendapatan kurang daripada RM3,000 sebulan untuk memiliki rumah
  • Kerajaan akan menaikkan kadar cukai perkhidmatan daripada 5 peratus kepada 6 peratus
  • Elaun untuk JKKK, JKKKP dinaikkan kepada RM800 sebulan
  • RM6.9 bilion pula diperuntuk untuk bina infrastruktur seperti membina jalan luar bandar dan untuk membina jalan luar bandar
  • RM2.1 bilion diperuntuk untuk bina dan menaik taraf jalan luar bandar di Sabah dan Sarawak, selain RM696 juta bagi tujuan sama di Semenanjung Malaysia
  • Sistem Penilaian Takap Kecekapan (PTK) dimansuh dan diganti dengan sistem penilaian lebih sesuai dan diterima baik penjawat awam