Saturday, October 23, 2010

PAS Juga Mengamalkan Fitnah

Fitnah PAS kembali lagi .... Dalam isu peragaaan pakaian di IFF di Monte Carlo , terselah sikap sebenar PAS yang cuba menjadikan isu ini sebagai modal politik mereka .

Mereka memang bersikap opportunist apabila terus fitnah Datin Seri Rosmah Mansor seorang saja untuk dijadikan sasaran . Kita menyokong pihak yang membantah penghinaan busana ini terhadap agama Islam tetapi mengaitkan nama Rosmah adalah tidak adil .

Syabas kepada Pisau yang mendedahkan kerja jahat parti kaki fitnah ini :

Pisau turut bersetuju mengenai pendapat Dr MAZA bahawa pihak pengajur harus lebih sensitif mengenai isu ini.

Membuat fitnah dan mengaitkan Ds Rosmah dengan pelbagai cercaan juga mencerminkan khawarij PAS tidak menyiasat sepenuhnya mengenai IFF yang dianjurkan.

Petikan dari Berita Harian-

"Namun, penampilan koleksi pereka kelahiran Palestin, Hindi Mehdi dengan koleksi Glamour a Paris bagaikan ‘tergelincir’ daripada konsep pertunjukan. Pereka yang kini sedang mencipta nama di pentas peragaan Paris itu bagaikan tidak peka dengan konsep IFF dengan menampilkan rekaan kurang sesuai untuk busana Muslimah.

Penggunaan selapis kain organza hitam menutupi kepala, tetap tidak mampu melindungi rekaan yang mendedahkan sebahagian besar dada dan belakang badan model yang memperagakan rekaan berkenaan. Mungkin beliau akan lebih berhati-hati pada masa depan (jika masih diberi peluang menyertai IFF) selepas menyaksikan koleksi menawan pereka lain yang nyata lebih menepati konsep.

Bagaimanapun, koleksi African Inspiration oleh pereka kelahiran Cameroon, Parfait Behen, yang menutup tirai IFF wajar diberi pujian. Walaupun model yang memperagakan koleksi berkenaan tidak tampil sepenuhnya menutup aurat, rekaan dihasilkan sopan dengan motif yang memaparkan sentuhan Afrika, antaranya corak harimau bintang yang sinonim dengan benua unik itu.

Mengulas mengenai kegagalan Mehdi untuk menepati konsep IFF, Raja Rezza berkata, beliau tidak kecewa meskipun sudah memberi penerangan mengenai IFF kepada setiap pereka terbabit, sebaliknya berharap pereka fesyen sedang meningkat naik itu belajar daripada pemerhatiannya pada malam gala itu.

Ini pertama kali beliau terbabit dalam IFF. Namun, memandangkan matlamat IFF ialah mendidik pereka mengenai fesyen Islam dan menterjemahkannya dalam budaya masing-masing, kita harap Mehdi akan lebih peka pada masa depan. Proses pembelajaran itu sendiri tidak berlaku sekelip mata, apatah pula pereka yang tidak pernah menghasilkan rekaan untuk busana Muslimah. Kita harap sedikit demi sedikit mereka dapat memahami sepenuhnya apa itu fesyen Islam."

Kehadiran Ds Rosmah ke majlis tersebut hanyalah atas kapasiti Penaung IFF dan sudah tentu beliau tidak mengetahui apa rekaan yang bakal ditunjukkan pada majlis tersebut.Untuk terus menyerang dan membuat fitnah secara membuta tuli ternyata memperlihatkan betapa kotornya khawarij PAS.

Mengapa Khawarij PAS tidak membantah Pengasas yang juga Pengerusi IFF, Datuk Raja Rezza Shah sebaliknya menyerang Ds Rosmah? Inilah yang dimaksudkan membuat fitnah dan mempolitikkan isu ini

Untuk membuat bantahan adalah tidak menjadi masaalah kerana memang bertepatan tindakan tersebut namun mempolitikkan isu ini ternyata khawarij PAS begitu terdesak dan memperlihatkan tahap kebodohan yang melampau hingga sanggup melakukan apa saja.
Sudah terang-terang gambar tu mnyatakan IFF di Monte Carlo. Tapi Khawarij PAS berdemo semalam menyatakan IFF ini diadakan di Kuala Lumpur. Cuba perhatikan gambar itu betul-betul

INI KERJA FITNAH PAS TERHADAP PAS

Khawarij PAS yang terkenal dengan kerja fitnah dan bohong telah mengerakkan perang persepsi terhadap Ds Rosmah apabila secara terang terangan menyerang kononnya beliau tidak sensitif terhadap pemakaian wanita Islam .

Kerja bangsat yang dilakukan oleh khawarij PAS bukan saja di blog blog dan Harakah,mereka turut merancang membuat tunjuk perasaan di masjid masjid untuk menyerang Rosmah dan keseluruhan UMNO pada amnya.

Nasharuddin Tantawati Ketua Militan PAS telah mengerakkan gerembolan kaki fitnah telah menyebarkan gambar di bawah untuk dijadikan modal menyerang Ds Rosmah.


Sebenarnya gambar diatas adalah satu pertunjukkan fesyen di Monte Carlo bukan di Kuala Lumpur seperti mana yang difitnah oleh pakatan.

Pembaca boleh rujuk gambar gambar di Galeri atau pun islamicfashionfestival , Festival ini 3 lokasi berbeza

Anda boleh melihat gambar gambar yang sebenar dan amat berbeza lokasi dan backdrope diantara gambar yang difitnah oleh PAS dan program Islamic Fashion Festival yang dihadiri oleh Ds Rosmah.

Ternyata usaha puak khawarij ini sudah ketahap melampau. Justeru adalah tidak mengejutkan jika mereka mereka yang kononnya memperjuangkan Islam ini sanggup berkawan hatta dengan syaitan sekali pun. Secara tidak langsung mereka memperlihatkan sikap IBLIS yang bersarang didalam hati kotor mereka.

Petikan dari blog Satulimatiga

Seterusnya, gambar-gambar dari Islamic Fashion Festival yang dianjurkan di Monte Carlo pada 9 Ogos 2010. Tuan rumah yang menguruskannya adalah Monaco. Jangan terlepas pandang, gambar yang dipolitikkan PAS berada di sini.

Gambar yang dianjurkan di Monaco ini diambil di sini.

Berikut pula gambar-gambar Islamic Fashion Festival di Kuala Lumpur. Tuan rumah yang menguruskannya adalah Malaysia.



Barisan selebriti tempatan yang turut menjayakannya


Artis tempatan yang menjayakan persembahan.

Gambar-gambar penganjuran di Kuala Lumpur ini diambil dari laman web rasmi IFF di sini.

10 comments:

  1. kata Pas x selidik sebelum tuduh Rosmah, tp nape Rosmah x selidik sebelum menganjur @ menjadi foundation bg IFF?? adakah btl2 Islamic pakaian tu?? Jawab jgn x jawab...

    ReplyDelete
  2. Kehadiran Ds Rosmah ke majlis tersebut hanyalah atas kapasiti Penaung IFF dan sudah tentu beliau tidak mengetahui apa rekaan yang bakal ditunjukkan pada majlis tersebut.--->bukan kah kita ada perkataan "selidik"??xkan la 1st lady x selidik pasal function2 yg dia datang...If dats so,no wonder la Malaysia x maju....Macam masuk exam tp x belajar langsung....

    ReplyDelete
  3. pemikiran yg sama...

    ReplyDelete
  4. xkan la penaung yang selidik semua benda...klo cam tuh bukan penaung tapi penganjur....sila pekan paham perbezaan penaung dan penganjur b4 critic...

    ReplyDelete
  5. mmg malaysia x maju... kete pon ciplak org punya... hahaha sbb ketepikan Islam camni la... org kafir sibuk kaji Al-quran kita sibuk berpolitik je... last2 agama wat men2 je...

    ReplyDelete
  6. camnila..senang cite, Islamic Fashion show boleh ke dibuat? sebab pada dasarnya Islam memang melarang perempuan dok tergedik2 tayang badan atas pentas. di mana penontonnya adalah lelaki..

    maksudnya nama Islamic Fashion Festival memang sepatutnya langsung tak boleh digunapakai..nak buat fashion show tak perlu la letak nama Islam..

    tolak tepi PAS ke BN psl aku mmg tak minat politik..tp aku sbg rakyat dan seorang muslim masih ada akal fikiran waras..aku tau mana baik dan mana yg tak..

    p/s: kalau tukar nama malaysian fashion festival ke mungkin umat islam tak marah sgt..

    ReplyDelete
  7. Sgt btl tu... tp bknkah penaung itu org yg paling atas?? dia berhak jika hendak membatalkan IFF jika dia mahu...

    ReplyDelete
  8. Selaku penaung IFF, any comment dari beliau??? Apa tindakan beliau sebagai umat Islam apb kalimah Rasulullah dipermainkan sebegitu??? Isu terbesar adalah penghinaan kalimah Islam, bukan parti politik. Masalahnya, apa tindakan para pemimpin UMNO khususnya yg selalu berkata merekalah pejuang Islam yg sebenar di kaca televisyen apb berhadapan dgn perkara sebegini yg mana mereka lihat sendiri dgn mata kepala mereka??? Ada apa2 tindakan????

    ReplyDelete
  9. Jangan Jadi penaung la kalau tak tau apa yang kita naungkan ...

    -IjoK MaLi-

    ReplyDelete
  10. Dan fitnah itu lebih besar bahayanya daripada pembunuhannya.(Surah al-Baqarah, ayat 191)

    Ayat Quran beb ..

    -IjoK MaLi-

    ReplyDelete