Wednesday, October 20, 2010

Arwah Chek Hashim gigih bangunkan Galas - Harakah

KOTA BHARU, 19 Okt: Kerajaan Kelantan melahirkan rasa dukacita terhadap seorang menteri yang mendakwa pengundi Dun Galas salah membuat pilihan pada pilihan raya umum lalu sehingga kawasan itu tidak membangun.
Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pelancongan dan Kebudayaan Negeri, Datuk Takiyuddin Hassan, berkata kenyataan itu menafikan ‘perjuangan’ membela rakyat yang telah dilakukan oleh Allahyarham Chek Hashim Sulaima.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas perkara itu pada sidang media Sukan Air Antarabangsa Kelantan 2010, di TIC, di sini.
Katanya, kerajaan negeri akan melancarkan projek pembangunan yang diusahakan oleh allahyarham di Bandar Utama Gua Musang sepanjang hayatnya tidak lama lagi.
“Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, bakal merasmikan projek berkenaan,” ujarnya.
Takiyuddin seterusnya berkata, kenyataan menteri itu bukan sahaja menafikan usaha allahyarham, sebaliknya mengabui mata rakyat.

kalau projek ini dlaksanakan oleh BN sipanggil 'projek me segera'..
tapi kalau dibuat oleh PAS diorang kata dah lama rancang..
dua-dua sama je..2x5 @ 5x2 = 10

No comments:

Post a Comment