Monday, October 18, 2010

APA SUDAH JADI DENGAN PKR


Apa sudah jadi dengan PKR sekarang membayangkan bahawa semua perkembangan yang berlaku dalam PKR bukanlah suatu konspirasi yang cuba dilakukan oleh pihak luar.

Sekalian banyak masalah dan isu yang berlaku secara bertali arus dalam PKR tidak mampu dilakukan oleh mana-mana konspirator kelas 1 yang wujud di alam ini.
Freemason, FBI, KGB yang terkenal dengan kepakaran mereka dalam menyusun-atur pelbagai strategi dan konspirasi untuk menawan dunia atau mana-mana negara pun tidak termampu melakukan konspirasi yang bertali arus, apatah lagi untuk menggunakan hanya pelakon-pelakon dalaman seperti yang berlaku dalam PKR.

Sebutlah satu demi satu isu yang berlaku dalam PKR.

1. Isu kekecohan mesyuarat cabang seluruh negara.

2. Keputusan sekejap menang sekejap kalah calon-calon tertentu dalam cabang-cabang PKR.

3. Sekejap tak layak dan sekejap layak bertanding Timbalan Presiden yang berlaku kepada Nurul Izzah.

4. Dalam masa yang sama timbul pula pengakuan mengejut Rahimi Osman dan Rasid Rosdi yang dipaksa membuat Akuan Bersumpah mengaitkan Perdana Menteri dan isteri dalam kes liwat Ketua Umum dengan pegawai peribadi.
Ditambah pula tindakan ala gengster ahli PKR yang cuba menghalang Rahimi dari mengamalkan budaya kebebasan akhbar dan amalan kebebasan bersuara seperti yang kononnya menjadi budaya kebanggaan pemimpin dan ahli PKR.

5. Budaya kronisma dan nepotisma yang paling dibenci oleh Anwar Ibrahim sehingga kononnya memaksa dia menentang bosnya sendiri suatu ketika dulu (Mantan PM Tun Mahathir), akhirnya telah menjadi budaya yang boleh diterima pakai di dalam PKR.
Bapa jadi Ketua Umum, Ibu jadi Presiden dan anak jadi Naib Presiden tidak menjadi masalah dalam PKR. Kalau perkara ini benar-benar berlaku selepas mesyuarat agung PKR bulan November nanti dan selepas PRU 13 nanti mereka dapat pula memerintah negara, secara hairakinya anak-beranak inilah yang akan menjadi pemimpin utama negara.

6. Sikap rasis yang kononnya dibawa oleh para pemimpin UMNO dan paling dibenci oleh PKR, kini telah menjadi amalan Azmin Ali yang menggelar Gobalakrisnan ‘Pariah’.

7. Terbaru AMK Pulau Pinang dan Perak menghantar memo dan mendesak Ketua Umum PKR meletak jawatan dan bertaubat.

Banyak lagi isu-isu besar yang melanda PKR yang tak mampu dituliskan di sini kerana jika ditulis artikel ini akan jadi panjang berjela. Apa yang ingin disebut di sini ialah perbezaan ketara ibarat langit dan bumi antara ucapan para pemimpin PKR dengan apa yang sebenarnya berlaku dan terjadi dalam PKR.
Telinga rakyat hampir tersumbat gara-gara kepetahan dan kemulusan kata-kata mereka, khasnya kata-kata dari Ketua Umum yang tak mahu kalah.

Hari-hari telinga rakyat disumbatkan dengan kenyataan betapa PKR mahukan ketelusan dan bencikan sikap kerajaan yang tidak telus. Tetapi akhirnya keputusan mesyuarat cabang PKR langsung tiada ketelusan.
PKR mahu menjadi sebuah kerajaan yang bersih dari sebarang budaya kronisma dan nepotisma. Akhirnya nepotisma dijadikan rukun dalam PKR dan tiada masalah kalau anak-beranak memerintah sesama sendiri.

Bagi PKR, rasis tidak ada tempat dalam dunia yang menjurus kepada kesamarataan. Akhirnya, apabila pemimpin Melayu dalam PKR kalah kepada kaum India dalam mesyuarat cabang baru timbul pemikiran ala rasis yang tidak berpuas hati kerana kaum India sudah memimpin kaum Melayu di banyak cabang PKR.

Inilah antara kecelaruan besar yang wujud di dalam kepimpinan PKR hari ini.
Anwar selalu membaca ayat suci al Quran yang bermaksud…Manusia merancang tetapi Allah juga merancang, maka perancangan Allah sudah pasti lebih baik. Sesungguhnya allahlah sebaik-baik perancang… Lebih kuranglah maksudnya….

1 comment:

  1. Kalau u`all ( BN ) tak usik PKR , dah tentu aman ..

    -IjoK MaLi-

    ReplyDelete