Friday, October 15, 2010

HARAPAN BAJET 2011..


Pembentangan bajet atau belanjawan 2011 sebentar nanti pastinya ditunggu-tunggu oleh rakyat Malaysia. Pasti ada yang tertanya-tanya apakah insentif yang akan diperkenalkan nanti dalam bajet 2011 kali nie. Tumpuan rakyat Malaysia sudah pasti pada insentif menarik yang akan dilaksanakan dalam Bajet 2011 untuk merancakkan ekonomi negara bagi membolehkan Malaysia menjadi negara berpendapatan tinggi.

Kalau ditanya pada kakitangan kerajaan, pengumuman yang paling dinanti-nantikan dalam pembentangan belanjawan 2011 dah tentulah pengumuman bonus untuk kakitangan kerajaan. Khabarnya Cuepecs telah pon memohon 2 bulan bonus untuk penjawat awam tapi adakah tuntutan nie dapat dipenuhi masih penuh dengan teka-teki. Nasihat saya janganlah terlalu berharap dan sekiranya bonus tersebut diumumkan dalam bajet 2011 nanti anggaplah sebagai satu surprise. Kalau tak nanti kempunan pulak.

Kalau bonus selalu menjadi topik hangat bila belanjawan akan dibentangkan, sektor swasta pastinya mengharapkan insentif daripada kerajaan terutamanya dalam pengurangan cukai korporat dan insentif yang akan dapat menggalakkan pengguna berbelanja. Kalau dilihat dari temubual di TV3 tadi, kebanyakan major player dalam industri automatif mengharapkan insentif dari kerajaan terutamanya dari segi pengurangan kadar faedah bagi membeli kenderaan dan juga insentif bagi menggalakkan penghasilan kereta jenis hybrid yang lebih mesra alam.

Bagi yang tinggal di bandar-bandar besar contohnya Kuala Lumpur dah tentunya mengharapkan sesuatu dalam Bajet 2011 nanti untuk menyelesaikan masalah kesesakan lalu lintas di Kuala Lumpur. Kalau kita tengok pada masalah traffic jam di Kuala Lumpur ni memang tak ada penghujungnya. Kalau sebelum nie ada diumumkan peruntukan dalam bajet untuk menambah baik sistem pengangkutan awam dari segi infrastrukturnya, kali nie diharap ada sesuatu yang menggembirakan dalam bajet 2011 terutamanya bagi menggalakkan penggunaan pengangkutan awam seperti LRT atau bas.

Bagi pelajar pula dah pastinya mengharapkan peruntukan dari kerajaan bagi meringankan beban pelajar yang melanjutkan pelajaran di peringkat IPTA. Kalau sebelum ni ada insentif untuk membeli notebook bagi pelajar universiti, apakah insentif yang akan diperkenalkan dalam bajet 2011 kali nie untuk pelajar ?

Sektor pelancongan pon rasanya mungkin akan mendapat sedikit insentif kerana seperti yang kita tahu Malaysia merupakan negara ke-9 paling tinggi di dunia dari segi kemasukan pelancong. Dan dah pastinya sektor pelancongan akan dilihat sebagai salah satu sumber utama pendapatan negara. Samada ada insentif untuk sektor pelancongan ada atau tidak, kena tunggu bajet 2011 lah yer.

Pendek kata semua lapisan masyarakat di Malaysia dari orang yang berkerja di sektor swasta atau kerajaan, pesara, golongan orang kurang upaya, pelajar, warga emas, ibu tunggal dan banyak lagi akan menantikan perkhabaran gembira dalam Bajet 2011 nanti. Dengan kos sara hidup yang semakin meningkat, diharap bajet 2011 kali nie akan dapat memperbaiki taraf hidup kita dan memacu kita menjadi negara berpendapatan tinggi.

Ada satu perkara yang amat membimbangkan pada masa ni adalah harga rumah yang dilihat semakin tak masuk akal. Bayangkan rumah teres superlink di kawasan Kuala Lumpur boleh mencecah hingga RM500,000 disebabkan oleh spekulasi yang melampau. Kalau perkara ni tak dibendung, rasanya mungkin ramai genuine buyer tidak mampu untuk membeli rumah disebabkan harga yang berada di luar kemampuan. Mungkin ada inisiatif yang boleh diperkenalkan oleh kerajaan dalam belanjawan 2011 bagi membendung masalah nie.
So, apakah harapan anda semua untuk Bajet 2011 nanti?

No comments:

Post a Comment