Monday, October 18, 2010

Kelab UMNO Pesara kitar semula ahli lama

KUALA LUMPUR, 17 Okt: PAS berpandangan penubuhan Kelab Umno Pesara Kakitangan Kerajaan hanyalah sebagai kitar semula ahli Umno yang lama, bukan penambahan kekuatan Umno.
Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad berkata, PAS berpandangan penubuhan Kelab Umno Pesara Kakitangan Kerajaan tidak memberi apa-apa kesan kepada PAS.
Katanya, seperti sedia maklum yang menjadi Presiden Kelab, Tan Sri Aseh Che Mat bekas Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri yang memang terkenal sebagai kaki ampu Umno sewaktu berkhidmat lagi.
Baginya, orang seperti Aseh ada pun tidak genap, hilang pun tidak ganjil dalam perjuangan untuk rakyat dan negara.
Sebagaimana sedia maklum, ujarnya kebanyakan kakitangan kerajaan yang berada di pusat pentadbiran majoritinya bersama dengan PAS dan Pakatan Rakyat.
Ini, katanya kerana mereka orang yang cerdik boleh membandingkan antara intan dan kaca, yang tidak bergantung dari maklumat 20” X 10” (televisyen) sahaja.
Menurutnya, mereka lebih mengetahui banyak maklumat ketirisan dan penyelewengan dalam kerajaan BN.
“Ini yang menjadi kehairanan Presiden Umno, kenapa masih ramai pesara menyebelahi pembangkang.
“Jawapannya mudah, kerana mereka tidak mahu menghabiskan sisa hayat mereka untuk menyokong parti yang terkenal sebagai pengkhianat bangsa, agama dan negara,” ujarnya.
Tujuan kelab itu ialah untuk mewujudkan Model Politik Baru bagi memastikan kelangsungan Umno sebagai parti yang menerajui pemerintahan negara.
Datuk  Seri Najib Razak sendiri menyatakan bahawa strategi seperti ‘politik pembangunan’ tidak lagi berkesan jika digunakan sekarang.

ini ketua penerangan PAS sama mcm ketua penerangan UMNO..
pantang ada isu main belasah jer..
lepas tu merapu bukan-bukan..
memang la Kelab ni kitar semula ahli lama..
sebab PRU12 semua orang kerajaan tidak sokong kerajaan..
PM cuba tarik balik sokongan dari bekas kakitangan kerajaan.. 

1 comment:

  1. Org PAS ke UMNO ke sama je , pantang ada isu terus komen , tak pikir panjang .. nanti bila pemberita tanya , merapu tak habis ..

    -IjoK MaLi-

    ReplyDelete