Tuesday, October 19, 2010

JANGAN GHAIRAH NAK TUKAR KERAJAAN: DR M - BHarian

TUN DR Mahathir   ketika berucap di  PWTC, semalam.
TUN DR Mahathir ketika berucap di PWTC, semalam.
Janji manis pembangkang tipu daya tamakkan kuasa 

KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengingatkan rakyat supaya tidak mudah menukar kerajaan setiap kali pilihan raya umum kerana pertukaran tampuk kepemimpinan tidak menjanjikan perubahan ketara dalam pembangunan negara.


Sebaliknya, beliau berkata banyak perkara tidak mampu diubah, sekali gus kekal pada kedudukan asal walaupun pentadbiran negara diambil alih oleh kerajaan pembangkang.


“Jangan fikir dengan menukar kerajaan melalui perubahan rejim, banyak perkara akan berubah sedangkan ia tidak berlaku. 

“Kita sentiasa memikirkan perubahan yang bakal dilakukan Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama tetapi sampai sekarang susah untuk dia membawa perubahan,” katanya ketika menyampaikan ucaptama pada forum antarabangsa bertajuk ‘Pembentukan Masyarakat Global, Liberalisasi Media dan Realiti Politik Baru’ sempena Perhimpunan Agung Umno kali ke-61, di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini, semalam. 



ini bermakna PR akan terus memerintah 4 negeri..
selangor akan terus diperintah PKR..
pulau pinang akan terus diperintah DAP..
kedah dan kelantan akan terus diperintah PAS..
Dr M memang pemikir ulung..
kata-kata beliau akan dituruti rakyat..
kekalkan kerajaan yang sedia ada..
hahahaa...



2 comments:

  1. megat terawis berpikiran yg sempit..hahaha

    ReplyDelete
  2. Tukar kerajaan yang dimaksudkan oleh atuk kita tun.Dr.M ialah kerajaan pusat . kerajaan negeri nak take over senang je , katak banyak apa ..

    ReplyDelete