Wednesday, October 20, 2010

KUALITI UDARA DI MUAR BAHAYA, MELAKA TAK SIHAT - Mkini

Indeks pencemaran udara (IPU) bagi Muar, Johor dilaporkan pada keadaan amat berbahaya manakala bagi kebanyakan tempat di Melaka pula ia diletakkan dalam keadaan tidak sihat.

Pada jam 11 pagi tadi, bacaan di Muar adalah pada 432 sementara bacaan yang diukur di Bukit Rambai, Melaka pada 95 dan bandaraya Melaka pada 111. 

Menurut laman sesawang, Jabatan Alam Sekitar, www.doe.gov.my - bacaan melebih paras 100 dikategorikan sebagai tidak sihat dan bacaan melebihi 300 pula dikatakan amat bahaya.

Kategori sihat adalah ukuran IPU daripada 0 hingga 50 manakala 51 hingga 100 sebagai sederhana.

Kualiti udara yang merosot juga dilaporkan di beberapa tempat seperti di utara Jojor, Negeri Sembilan dan Selangor sejak beberapa hari kebelakangan ini.

hahaha..
patut la semalam dato ali umum nak jadikan Melaka Bandar Teknologi Hijau..
udara kat melaka tak sihat rupenye..

1 comment: