Saturday, October 23, 2010

PAS Tunjuk Belang Sebenar?

Kempen Burukkan DAP Begitu Aktif Berjalan di Dalam PAS Selangor

Mula2 saya cuma membaca artikel Pak Bakaq/Penarik Beca. Bahawa berlaku kempen memburukkan DAP dan PKR dalam sebuah usrah di rumah HAsan Ali.

NAmun apabila saya mendengar sendiri ucapan Dato Harun Din dalam majlis itu, saya menjadi sangat-sangat kesal dan sedih. Mengapa Dato Harun Din dan PAS Selangor menghabiskan waktu dan masa yang begitu berharga melakukan suatu perkara yang menguntungkan UMNO dan Barisan NAsional.

Malahan, ucapan ini dibuat selepas wafatnya bekas ADUN Galas. Sepatutnya, ucapan ini mengarah kepada persediaan untuk DUN Galas dan bagaimana hendak memenangi DUN Galas.

Namun, ucapan berkisar kepada mengulangi fitnah-fitnah UMNO ke atas rakan PAS dalam PAkatan Rakyat.

Misalnya, fitnah UMNO kononnya berlaku huru-hara dalam Parti Keadilan Rakyat. Hakikatnya, huru hara itu hanya melibatkan 4 cabang PKR dan cabang2 lain seluruh Malaysia berjalan dengan baik.

Berlaku penangguhan 9 cabang pun adalah atas sebab AJK Pemilihan mereka yang tidak bersedia dengan baik. Bukannya sebab pergaduhan atau persengketaan.

Saya terkejut mendengar ceramah Dato Harun Din di usrah di rumah Dato Hasan Ali. Saya begitu terkejut dan begitu kesal dengan kempen memburukkan DAP dan PKR yang begitu aktif dalam PAS Selangor sekarang ini.

Mungkin Dato Harun Din perlu memberitahu mengapa beliau melobi Ahli Parlimen Lembah Pantai bagi pihak AMONA dan Dato Osman untuk membina Condo 26 tingkat. Sumber saya di Lembah Pantai memberitahu saya rakaman perjumpaan tersebut ada dibuat dan menunggu masa untuk dikeluarkan.

MEngapa Dato Harun Din sanggup menganjurkan perjumpaan dengan Nurul Izzah meminta Nurul Izzah menyokong projek Amona membina Condo 26 tingkat? Mengapa Dato HArun Din boleh pergi melobi projek tersebut bagi pihak seorang korporat UMNO?

Begitu juga DAto Hasan Ali, saya nak tanya bila nak keluarkan laporan bertulis kepada PAS Pusat?

Oleh kerana skrg musim pilihanraya kecil GALAS, saya tidak akan dedah rakaman usrah di kediaman Hasan Ali tersebut.

1 comment:

  1. apa salahnya kalau dye mmberitahu ssuatu yg betul??jangankan kerana matlamat...kita nak menafikan sesuatu yang betul...sesungguhnya yang hak itu adalah hak..dan yang bathil itu adalah bathil

    ReplyDelete