Tuesday, October 19, 2010

LARI ALI LARI..


 Sebelum ini Ali Rustam memeranjatkan semua orang apabila dengan lantang mengajak pihak PAS berdebat dengannya secara terbuka berhubung isu Sekolah Termengandung Ali Rustam (STAR). Malah beliau juga ingin debat itu disiarkan oleh media arus perdana. Pihak PAS yang sememangnya menunggu saat itu menyifatkan ianya sebagai "pucuk dicita ulam mendatang" bagai "Mengantuk disorongkan bantal". namun sehingga kini Ali Rustam masih membisu.

MELAKA, 18 Okt: PAS Negeri Melaka sehingga kini masih belum mendapat sebarang maklum balas dari Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Ali Rustam dalam isu debat mengenai sekolah mengandung.

Pesuruhjaya PAS negeri, Ustaz Abdul Ghani Abdul Rahman (gambar) dalam jawapan spontan sedia berdebat dengan Ketua Menteri Melaka berkaitan isu penubuhan Sekolah Harapan.

Menurutnya, PAS menerima cabaran debat dan bersedia pada bila-bila masa dan di mana sahaja untuk menerangkan kebenaran kepada rakyat.

Beberapa orang rakyat yang ditemui kesal dengan sikap Mohd Ali yang seolah-olah takut untuk berdebat sedangkan beliau sendiri yang mencadangkan mengenainya.

Haji Jaya Mohamad, 65, dari Bukit Katil berkata, apa yang hendak ditakutkan kerana perdebatan itu adalah untuk mencari kebenaran, bukannya atas emosi dan kepentingan diri.

"Kita mesti berbincang dan berdebat dalam sesetengah isu untuk mencari kebenaran bukannya untuk tunjuk pandai," ujar beliau

1 comment:

  1. ko kena faham , kami di pihak kerajaan bukan takut untuk berebat dengan pihak PAS ( Parti Anti Sosial ) , tetapi kami sibuk dengan rutin harian , lain la dengan ahli PAS yg sememangnya rilex aje ..

    Kalau ada time free kami kasi tau ..
    -Ijok MaLi-

    ReplyDelete