KUALA LUMPUR, 19 Okt: Pakatan Rakyat hari ini mengumumkan untuk meletakkan calon dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) bertanding dalam pilihan raya kecil (PRK) Parlimen Batu Sapi, Sabah.
Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, keputusan itu dibuat setelah bermesyuarat dengan Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat Sabah.
"Atas cadangan Pakatan Rakyat Sabah, untuk pilihan raya kecil kawasan Batu Sapi mereka bersetuju dan kemukakan kepada pimpinan Pakatan Rakyat untuk Parti Keadilan meletakkan calon mewakili Pakatan Rakyat," kata Anwar dalam sidang media di lobi Parlimen pagi ini.
Turut serta pada sidang media tersebut, Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan Penasihat DAP, Lim Kit Siang.
Ketua Pembangkang di Parlimen itu juga berkata, senarai calon akan diputuskan dalam masa terdekat ini.
"Pakatan Rakyat meletakkan calon-calon dari PKR dan kita akan letakkan nama dalam masa yang singkat setelah saya dan pimpinan PKR berunding dengan (Datuk Seri) Abdul Hadi dan Lim Kit Siang.
Tambah Anwar lagi, Pakatan turut berharap agar Parti Bersatu Rakyat Sabah (SUPP) tidak bertanding bagi membolehkan pertandingan satu lawan satu.
"Kita harap SUPP tidak bertanding bagi membolehkan kita lawan satu lawan satu dengan Barisan Nasional," katanya.
Suruhanjaya Pilihan raya (SPR) menetapkan hari penamaan calon bagi pilihan raya kecil itu adalah pada 26 Oktober dan jika ada pertandingan pengundian diadakan pada 4 November.
PKR juga sudah mengikuti jejak langkah UMNO..
ini merupakan satu tindakan terdesak dari anwar untuk membukti PKR masih lagi parti yang relevan setelah apa yang berlaku kebelakangan ini..dengan mengenepikan parti-parti yang telah lama bertapak di Sabah..jelas kelihatan kesemua parti di bawah Pakatan Rakyat telah ditarik hidung oleh anwar..mereka hanya menuruti sahaja kemahuan anwar..
anwar dilihat seperti orang yang hilang punca dan kehabisan idea..ditambah pula isu moral yang tiada berkesudahan hingga kini..PKR tiada roh sebagaimana PAS..warna dan semangat reformasinya mudah luntur..janji PR hendak memberi kuasa autonomi kepada sabah hendaklah dinyatakan dalam manifesto dan bukan sekadar bercakap sahaja..
untuk menang PKR perlu buktikan dulu mentaliti dan budaya politik mereka patriotik, demokratik dan progresif..PKR perlu posr-mortem kelemahan secepat mungkin dan perlu pamerkan kemantapan dan kematangan organisasinya segera..dan semua ini perlu dibuktikan sebelum PRU13 untuk memulihkan dan mempertahankan keyakinan rakyat...

PKR bagaikan gile kuasa .. mana ada kosong dia nak masuk , rasanya c anwar tak sabar nak masuk putrajaya..
ReplyDeleteaku xkesah klu anwar jd PM pun asalkan dia bole mbawa perubahan terhadap ekonomi malaysia dan keharmonian rakyat..tp sblom tu anwar kne btolkn parti sndri dlu bru btolkn kerajaan..
ReplyDelete